Her Beauty Awards 2019: Teknik Urutan Wajah Terbaik

Untuk kulit yang lebih sihat dan awet muda, cuba rawatan AsterSpring ini

Di AsterSpring, anda boleh jangkakan teknik sentuhan jemari yang istimewa bagi mengoptimumkan sesi perawatan wajah anda. The Signature Touch ialah teknik urutan inovatif yang mana bukan sahaja melengkapi rawatan wajah, malah membantu meningkatkan daya kekuatan kulit, menyerlah keserian wajah di samping mengimbangi kecantikan tubuh dan minda. Ianya memberi fokus kepada tiga teknik urutan yang sinergi iaitu, Energy Point, Lymphatic Drainage dan Modelling.

Ia kemudian disusuli dengan butterfly drainage, pergerakan light flapping bagi menyingkirka toksin pada wajah secara lembut dan disudahi dengna pergerakan effleurage serta light kneading untuk meringankan tekanan di samping melancarkan peredaran darah. AsterSpring juga menyediakan sesi konsultasi bersama therapist berpengalaman sebaik sahaja anda tiba di salon AsterSpring bagi menentukan rawatan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Untuk info lebih lanjut, sila layari www.asterspring.com

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Her Beauty Awards 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2019.