Empat Wajah The Face of Healthy Beauty Oleh Guardian

Empat wanita dinobatkan sebagai The Face Of Healthy Beauty oleh Guardian Malaysia.

Guardian Malaysia telah mengumumkan empat orang daripada barisan 16 peserta akhir sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’ sekali gus menobatkan mereka sebagai duta jenamanya. Empat wanita tersebut adalah:

  1. Karyll Chee Kar Yee, 23
  2. Nur Aimi Abdul Ghani, 31
  3. Nurul Ezzaty Hasbullah, 23 dan
  4. Yasmin Khalid, 23

Keempat-empat wanita ini telah diumumkan pemenang selepas pencarian selama dua bulan yang berlangsung  di seluruh negara menyaksikan lebih daripada 1,100 penyertaan termasuk 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari empat wilayah berbeza di Malaysia.

Setiap pemenang akan menandatangani kontrak selama satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian berserta wang tunai bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM10,000, serta RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka. Selain itu, mereka bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral serta menerima produk sumbangan penaja.

Pencarian The Face of Healthy Guardian ini dikatakan pertandingan pertama seumpamanya di Malaysia, terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Menurut DY Cho, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara Guardian Health and Beauty, pencarian Duta Jenama Guardian ini menjadi pengalaman yang sangat bermakna kerana bukan sahaja menerima respon yang positif, malah ramai wanita diluar sana yang mempunyai kriteria menarik dan mampu untuk memberikan inspirasi.

“Keempat-empat pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini ialah bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri,” tambah Cho.

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori lain yang setiap seorang daripadanya membawa pulang hamper bernilai RM500. Mereka adalah:

  1. Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex
  2. Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur 
  3. Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Abdul Ghani
  4. Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’Oreal) – Karyll Chee Kar Yee
  5. Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Hasbullah
  6. Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Ahmad Kamal
  7. Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon
  8. Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Ahmad Lokman

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500.

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

Baca juga: Jurusolek profesional pilihan permaisuri sempena pertabalan Agong