Cipta Udara Segar Dalam Rumah

Kebersihan udara dalam rumah mesti diutamakan.

Tanpa anda sedar, udara dalam rumah boleh memiliki tahap pencemaran yang lebih tinggi berbanding udara luar. Banyak aktiviti di rumah seperti memasak, mencuci pakaian dan sebagainya yang boleh mengundang partikel tidak menyenangkan untuk berterbangan di udara. Hal sebegini sedikit sebanyak mampu mempengaruhi tahap kesihatan setiap penghuni kediaman, apatah lagi jika anda menghidap masalah asma dan kulit sensitif.

Jadi bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan hingga memudaratkan, anda perlu ambil langkah inisiatif bagi mendapatkan udara lebih segar dalam rumah.

1. Buka Tingkap
Tindakan membiarkan pintu dan tingkap tertutup rapat menjadikan tiada aliran udara keluar serta masuk. Perkara ini sekali gus membolehkan anda menyimpan perengsa yang menyebabkan alergi. Ketika cuaca elok, pastikan anda buka tingkap kediaman. Apabila sedang memasak pula, buka sedikit tingkap untuk memastikan bahan cemar daripada proses memasak dapat disingkirkan daripada rumah anda.

2. Pilih Lantai Terbaik
Anda terfikir untuk menukar lantai baru? Pilih lantai jenis kayu teguh atau jubin. Lantai lamina berpotensi dalam menghasilkan formaldehyde dan sebatian organik yang menghasilkan gas berbahaya yang mencemarkan udara. Sekali gus, akan menyebabkan simptom alergi yang tidak merimaskan penghuni kediaman.

3. Gunakan Kain Lap
Daripada menggunakan bulu ayam yang menyebabkan lebih banyak habuk atau partikel kotor berterbangan di udara, anda boleh tukar kepada kain mikrogentian. Kain ini boleh memerangkap sebarang kotoran serta debu dengan lebih baik.

4. Kawal Kelembapan
Kulat yang tumbuh pada kawasan lembap seperti kamar mandi boleh mengakibatkan masalah pernafasan. Atasi masalah sebegini dengan membuka kipas atau tingkap ketika mandi, selain mengawal tahap kelembapan pada keseluruhan rumah anda. 30 ke 40 peratus kelembapan dikira baik.

5. Cuci Pakaian Baru
Sekiranya anda membeli pakaian baru yang diperbuat daripada fabrik sukar kedut, ia mungkin mengandungi tahap formaldehyde yang rendah. Ramai yang mengambil ringan akan kebenaran ini, tetapi jika kulit anda sensitif, anda mesti bersihkan dahulu pakaian berkenaan sebelum menggayakannya.

6. Bersihkan Udara
Anda boleh menggunakan penapis udara untuk menyingkirkan segala debu, asap dan partikel tidak elok pada udara rumah anda. Pastikan ia memiliki clean-air delivery rate (CADR) yang bersesuaian dengan saiz ruang anda. Pilih juga penapis udara yang mudah dipasang, diselenggara serta berupaya menarik udara dari semua sudut.

Selain itu, anda boleh juga gunakan kipas Yamazen terbaharu dalam pasaran iaitu Yamazen Touch Stop Electric Fan. Jenama elektrik terkenal di Jepun ini membawakan kipas yang ideal untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia. Aliran udara yang dikeluarkan mampu memberi anda kesegaran luar biasa dan aliran udara yang baik di sekitar rumah, selain hadir dengan teknologi yang memudahkan. Kipas elektrik Yamazen ini dibangunkan dengan teknologi sentuhan, mesra kanak-kanak dan berupaya menjimatkan tenaga elektrik dengan ciri 8-hour auto-shutoff. Anda boleh dapatkannya di mana-mana cawangan AEON dan AEON Big seluruh Malaysia dengan harga hanya RM199!

7. Letakkan Tumbuhan Hijau
Ada sesetengah tumbuhan boleh membantu dalam menapis bahan tercemar yang ada di udara. Jenis tumbuhan sebegini biasanya dipanggil tumbuhan udara segar dan yang paling biasa diletakkan di rumah adalah golden pothos. Ia sejenis tumbuhan dalam rumah, selain tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan mampu bertahan lama. Selain itu, anda juga boleh melakukan teknik tanaman hydroculture.

8. Sediakan Haruman Rumah
Sesetengah wangian rumah yang dijual mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan masalah alergi dan penyakit asma. Sebagai langkah alternatif, anda boleh gunakan herba dan rempah yang ada di rumah. Panaskan buah sitrus bersama kayu manis dan biarkan ia seketika untuk mengharumkan seluruh rumah anda. Seterusnya anda juga boleh susun herba segar seperti pudina, rosemary dan lavender di dalam pasu untuk diletakkan di sudut kediaman.

9. Sediakan Alatan Membersih
Barang yang terlalu banyak dalam rumah menjadikan ia lokasi mudah mengumpul habuk serta debu, terutamanya item perhiasan. Inilah masanya untuk anda laburkan duit untuk membeli peralatan yang boleh membuang habuk di celah permukaan seperti kusyen, langsir dan sebagainya.

10. Gunakan Cadar Terbaik
Pastikan anda mendapatkan tilam dan cadar yang boleh menghalang debu, hama dan sebarang kotoran melekat pada tempat tidur. Pilih juga yang mampu memerangkap semua itu tanpa terlepas ke udara.

11. Pilih Vakum Dengan Betul
Gunakan vakum yang mampu memerangkap habuk dengan efektif tanpa membebaskannya ke udara. Cari vakum yang memiliki penapis high-efficiency particulate air (HEPA) yang dibuat untuk memerangkap partikel halus dengan berkesan. Hal ini dapat menjadikan kediaman anda lebih bersih, selain mengurangkan masalah kesihatan di kalangan penghuni rumah.

12. Gunakan Pencuci Tanpa Pewangi
Satu kajian mendapati setelah anda mencuci pakaian menggunakan sabun pembersih yang mengandungi wangian, banyak bahan cemar daripada bahan kimia akan dibebaskan ke udara. Jika ada antara ahli keluarga anda yang sensitif terhadap bauan, anda boleh cuba bertukar kepada produk bebas wangian yang ternyata lebih selamat.

13. Jangan Gunakan Semburan
Sesetengah aerosol dan deodoran menggunakan sebatian organik tidak menentu (seperti butane, propane dan isobutane) sebagai bahan dorong untuk melepaskan kandungan dalamnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda elak daripada menggunakan aerosol. Gunakan alternatif lain seperti jenis roll-on atau pejal.

14. Teknik Memasak yang Betul
A) Pasang Penyedut Asap
Setiap kali anda memasak, partikel bahan cemar akan dihasilkan. Untuk mengurangkan pencemaran udara dalam rumah, anda mesti menghidupkan serombong asap sebelum memanaskan ketuhar atau mula memasak. Kemudian biarkan seketika setelah anda selesai memasak.

B) Gunakan Dapur Elektrik
Selain itu, anda mungkin perlu memikirkan untuk bertukar kepada dapur elektrik, kerana pembakar gas membebaskan nitrogen dioksida yang mencemarkan udara bersih.

C) Masak Dengan Api Sederhana
Kaedah memasak dengan api besar menghasilkan lebih bahan cemar yang terbebas ke udara. Jadi, sebaiknya anda cuba gaya masakan yang memerlukan api sederhana atau perlahan. Anda juga boleh elakkan proses menggoreng, sebaliknya cuba kaedah kukus, rebus atau bakar dalam ketuhar. Ia bukan saja bagus untuk kesihatan anda kerana hasil masakan yang lebih berkhasiat, malah teknik memasak sedemikian menghasilkan kurang partikel tercemar.