Cabar Diri Berani Bertindak ke Hadapan

Realme hadir dengan slogan 'Dare to Leap'.

Anda mempunyai sebarang ketakutan yang tidak boleh anda atasi? Atau ada cabaran dan aktiviti yang anda teragak-agak untuk lakukan selama ini?

Realme Malaysia baru-baru ini telah mengajak Jelita untuk melakukan aktiviti paragliding di Kuala Kubu Bharu. Ia adalah aktiviti yang sangat sesuai untuk anda melawan ketakutan pada ketinggian yang selama ini bersarang dalam diri. Mulanya agak menakutkan dan memberi debar, tetapi apabila sudah berada di atas, anda pasti akan leka dengan pemandangan alam yang terbentang indah di depan mata.

Pengalaman ‘terbang’ selama kira-kira enam minit di udara ternyata membuahkan momen yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup. Diri terasa aman dan bebas di ketinggian yang menakjubkan. Untuk pengetahuan anda, aktiviti ini dilakukan Realme Malaysia bersempena dengan pelancaran slogan ‘Dare to Leap’!

Nantikan info lanjut berkenaan aktiviti paragliding ini di halaman Jom Jalan untuk majalah Jelita edisi Oktober!

Telefon Pintar Realme 3 Pro 

Tidak cukup dengan itu, Realme Malaysia turut telah melancarkan telefon pintar Realme 3 Pro yang hadir dengan harga yang sangat berbaloi untuk anda miliki. Bermula dengan harga serendah RM899, anda boleh dapatkan gajet dengan teknologi canggih dengan harga yang sangat berpatutan. 

“Kami di Realme Malaysia akan sentiasa melangkah ke hadapan dan terus membawa teknologi yang lebih inovatif kepada pelanggan setia kami. Slogan terbaru kami ini juga menggambarkan semangat dan azam Realme untuk membawa pengguna merasai pengalaman yang lebih melonjak ke hadapan dalam sudut prestasi, rekaan dan kualiti. Produk kami pasti dapat memuaskan hati semua dengan konfigurasi dan prestasi yang hebat. Kesemua gajet kami direka dengan teliti khusus untuk anda yang sukakan rekaan menarik dan seiring dengan piawaian reka bentuk antarabangsa,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama, Realme Malaysia.

Anda boleh dapatkan Realme 3 Pro dengan harga seperti di bawah:

6GB+128GB (RM999)

4GB+64GB (RM899)

Baca juga: Vakum Canggih Permudahkan Kerja Rumah