ACARA AMAL UNTUK PEJUANG KANSER PAYUDARA

Acara amal kerjasama antara Babor dan Pink Ribbon Wellness.

Babor Malaysia (Babor) menjadi tuan rumah untuk satu program kutipan dana yang dinamakan Beauty for A Cause pada 27 Julai 2019  bertempat di Lot 10,  Kuala Lumpur dengan sokongan Pink Ribbon Wellness (L) Foundation.

Jenama produk kecantikan dari Jerman ini  dan para penyokong slogan ‘Ask for More!’ memasuki Malaysia Book of Records dengan rekod penggunaan jumlah gelas ampul (ampoule) terbanyak dalam sebuah program amal dengan jumlah 1,210 ampul digunakan dalam masa 6 jam.

Sebagai penganjur utama program amal dan juga sebagai pengedar eksklusif Babor di Malaysia, Luxor Beauty World Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Pink Ribbon Wellness (L) Foundation. Lebih menarik,  bekas pesakit kanser payudara, dan orang awam telah berpeluang  menikmati pengalaman menggunakan Babor  Ampoule Speed Facial sebagai ucapan penghargaan di atas sumbangan mereka.

Program Beauty For A Cause bermula dengan countdown, yang melibatkan wakil-wakil dari Babor Malaysia, Babor  Asia Pasifik, Yayasan Pink Ribbon Wellness (L), dan Lot 10 Kuala Lumpur.

“Sebagai wakil keluarga Babor hari ini saya meraikan  semua ‘survivor’ kanser payudara berani yang ada bersama kita. Kecantikan, keyakinan dan keazaman yang dimiliki seorang wanita, serta semangat tidak mengaku kalah seorang ‘cancer survivor’ mencerminkan kepercayaan sebenar jenama Babor,” kata Jeffrey Wong iaitu Pengurus Besar Luxor Beauty World Sdn Bhd.

Selama lebih dari 60 tahun, Babor telah bekerjasama dengan ramai wanita hebat di 70 negara. Ini termasuk pelanggan, ahli estetik, kakitangan dan duta jenama kami. Seperti yang dilaungkan dalam slogan terbaru kami, ‘Ask for more!’, kami komited sepenuhnya untuk tingkatkan lagi keyakinan diri dan keperibadian wanita di Malaysia. Kami menggalakkan semua wanita di Malaysia untuk lebih bercita-cita, tabah dan berani, bukan sahaja dalam kehidupan seharian mereka, tapi juga dari segi penjagaan kulit mereka,” kata Klaus Redomske, Presiden dan COO Babor Asia Pasifik.

Pengasas dan CEO Kehormat Pink Ribbon Wellness (L) Foundation,  Cik Yong Lee Lee berkata, setiap 15 saat,seorang wanita akan menerima diagnosis kanser payudara.

“Ini situasi kritikal yang memerlukan penumpuan dan usaha yang cukup daripada kita semua untuk menyebarkan informasi mengenai kesihatan payudara dan kepentingan pemeriksaan payudara secara kerap. Oleh itu, kami mengucapkan terima kasih kepada Babor  dan Lot 10 Kuala Lumpur yang telah menjadi rakan kongsi yang hebat dalam perjuangan menentang penyakit ini,”ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Babor Malaysia atau acara ‘Beauty for A Cause’, sila hubungi +603 7681 2288 atau layari www.babor.com.my.