10 Lokasi Dengan Kualiti Udara Paling Bersih Di Dunia

Bilalah jerebu hendak berakhir?

Oh jerebu! Rasa macam sukar hendak bernafas dengan kualiti udara waktu ini. Kalau mengikut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara di Malaysia, Kangar mencatatkan kualiti udara paling bersih dengan bacaan 79, melebihi bacaan paras baik iaitu 0-50.

Malah disebabkan jerebu yang melanda seluruh negara ketika ini, Malaysia menduduki tangga ketiga dengan kualiti udara kotor selepas Iran dan Indonesia. Negara manakah menduduki tangga pertama sebagai lokasi dengan udara paling bersih? Rasa macam nak terbang ke sana pula sekarang. Rindu nak hirup udara bersih. Menerusi laman web thetravel.com 10 kota ini menduduki tangga teratas dengan kualiti udara yang sangat bersih!

Featured Image: Deposit Photos

1 of 10

 

10. REYKJAVÍK, ICELAND

Bukan sahaja merupakan kota terbesar di Iceland, Reykjavík juga merupakan ibu negeri dan kota terbersih di sana. Kota ini menggunakan sumber tenaga alternatif yang membantu menjaga kualiti udara. Malah di sesetengah lokasi disana, anda boleh minum air tasik dan sungai kerana ia asli dan tidak tercemar.

1 of 10