Wira Tanpa Nama Di Sebalik Operasi Menyelamat Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Thailand

Jelita senaraikan wira tanpa nama di sebalik operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam gua Thailand

Tanggal 10 Julai 2018 telah menjadi tarikh keramat buat semua apabila 12 kanak-kanak dan jurulatih mereka telah berjaya dibawa keluar selepas hampir 17 hari terperangkap di dalam gua Tham Luang yang terletak di Utara Thailand. Kesemua 13 mangsa telah berjaya ditemui setelah sembilan hari mereka dilaporkan hilang setelah mereka masuk di dalam gua tersebut dan mereka telah ditemui kira-kira 2,000 meter daripada pintu masuk gua tersebut.

Operasi menyelamatkan kesemua 13 mangsa agak sukar kerana laluan gua yang sempit dan dinaiki air kerana cuaca hujan lebat namun itu semua tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat untuk meneruskan operasi menyelamatkan 13 mangsa tersebut dengan selamat. Oleh itu, Jelita senaraikan wira tanpa nama di sebalik operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam gua Thailand

10 of 10

Sophia Thaianant

Sophia Thaianant adalah ketua untuk sukarelawan wanita muslim dalam misi menyelamat tersebut. Dia turut menyedari bahawa penyelam gua Muslim memerlukan makanan yang halal. Oleh itu, dia dan pasukannya telah memasak makanan halal untuk mereka tanpa henti selama dua minggu. Semua itu dilakukan secara percuma.

 

 

10 of 10

Sophia Thaianant