Wira Tanpa Nama Di Sebalik Operasi Menyelamat Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Thailand

Jelita senaraikan wira tanpa nama di sebalik operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam gua Thailand

Tanggal 10 Julai 2018 telah menjadi tarikh keramat buat semua apabila 12 kanak-kanak dan jurulatih mereka telah berjaya dibawa keluar selepas hampir 17 hari terperangkap di dalam gua Tham Luang yang terletak di Utara Thailand. Kesemua 13 mangsa telah berjaya ditemui setelah sembilan hari mereka dilaporkan hilang setelah mereka masuk di dalam gua tersebut dan mereka telah ditemui kira-kira 2,000 meter daripada pintu masuk gua tersebut.

Operasi menyelamatkan kesemua 13 mangsa agak sukar kerana laluan gua yang sempit dan dinaiki air kerana cuaca hujan lebat namun itu semua tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat untuk meneruskan operasi menyelamatkan 13 mangsa tersebut dengan selamat. Oleh itu, Jelita senaraikan wira tanpa nama di sebalik operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam gua Thailand

1 of 10

Vern Unsworth

 

Misi menyelamat ini tidak mungkin akan bermula tanpa lelaki ini. Vern Unsworth adalah seorang penjelajah dari British yang telah menemui gua ini sebelum ini. Dia telah menuliskan peta untuk pasukan penyelamat dan dia juga turut menulis surat untuk meminta bantuan daripada tiga penyelam British (mereka adalah antara penyelam gua terbaik di dunia).

1 of 10

Vern Unsworth