Transformasi Terbaru Starhill Gallery Kepada The Starhill

Beli-belah dan menginap di hotel mewah dalam satu bangunan

Starhill Gallery yang menjadi simbol ikonik, terletak di deretan pusat beli-belah terkenal Kuala Lumpur, Bukit Bintang kini sedang melalui proses transformasi dan imej barunya sebagai The Starhill bakal didedahkan sepenuhnya menjelang tahun 2021.

Bakal diposisikan semula sebagai Kediaman Penentu Cita Rasa, pusat membeli-belah ini akan mendefinisikan semula suasana beli-belah di Kuala Lumpur dengan konsep yang baharu di mana pelanggan boleh berbelanja sambil menginap dalam suasana seakan di kediaman yang indah, padat dengan sentuhan penetu cita rasa yang pintar dan menarik. Transformasi baharu ini menawarkan pengalaman runcit dalam persekitaran butik yang mesra dan peribadi dan turut menyerlahkan kecanggihan yang tidak lapuk oleh waktu.

Dengan konsep seperti kamar yang selesa, The Starhill bakal menjadi sanktuari eksklusif  di mana kesemua cirinya telah ditentukan secara terperinci dan direka buat mereka yang bijak menilai gaya dan cita rasa.

Dibezakan menerusi empat tingkat ruang beli-belah dan tiga lagi tingkat untuk bilik hotel yang diubah suai secara kreatif daripada ruang runcit terdahulu, iaitu pada tingkat atas pusat beli-belah berkenaan. Selain itu, hotel JW Marriot Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda kota ini bakal menambah sebanyak 162 bilik pada inventori sedia ada. Bilik ini akan ditempatkan di tingkat atas The Starhill bagi memenuhi permintaan bilik hotel yang semakin meningkat di ibu negara.

Menawarkan kediaman serba baru dan bergaya, tambahan baru itu akan digabungkan dengan sempurna bersama ruang beli-belah di tingkat bawah dalam satu bangunan setinggi tujuh tingkat- pertama seumpamanya di Asia. Selain daripada JW Marriot, htel terkenal dunia, The Ritz Carlton Kuala Lumpur turut bergabung dalam projek ini dan menyediakan hampir 1,100 bilik yang disambung rapi dengan The Starhill menjelang tahun 2021.

Untuk mendefinisikan semula pengalaman beli-belah dalam kehidupan moden pelanggan, YTL bekerjasama dengan sebilangan konsultan terunggul di wilayah ini. Konsortium ini terdiri daripada Cistri (Singapura), Husband Retail Consultant (Hong Kong), Kokai Studio (Shanghai) dan Eight Partnership (Hong Kong) yang juga pakar perunding peruncitan, rekaan dan penjenamaan yang terunggul. Sejak dua tahun lalu, kumpulan ini telah mengkaji dengan teliti landskap keseluruhan dan mengenal pasti strategi yang transformatif dan bergaya mengubah keadaan buat The Starhill yang bakal menumpukan kepada tiga tunggak utama  Kediaman Penentu Cita Rasa iaitu Ruang Tamu, Penentu Cita Rasa dan Kelompok Sosial.

Kuala Lumpur telah kekal sebagai lima destinasi pelancongan teratas di Asia Pasifik di samping Tokyo, Seoul, Bangkok dan Singapura berdasarkan Indeks Destinasi Mastercard 2019, oleh itu, ianya penting buat The Starhill mengoptimumkan peluang pengalaman beli-belah dan perhotelan yang serba unik buat tetamu hotel daripada kedua hotel mewah berkenaan.

Kunci utama ubah suai ini adalah untuk membaiki susun atur ruang fizikal, pengedaran dan pengalaman beli-belah secara menyeluruh; di mana kesemua ruang dalaman akan diberikan rupa yang baru. Satu laluan masuk atrium berganda akan memaparkan dinding menghijau dengan sejumlah skrin LED menyiarkan video jenama yang terdapat di The Starhill bagi menyambut tetamu masuk.

Atrium di bahagian tengah pula akan diubah suai untuk memuatkan jambatan bersambung ke atrium yang bermandikan cahaya matahari dan juga balkoni menjulur yang direka sebagai ruang pop-up. Muka depan sebelah Jalan Bukit Bintang akan diberikan wajah baharu dengan skrin LED terknii dan satu teres kafe baru di tingkat satu akan diletakkan berhadapan piazza baharu ini.

Mulai Oktober 2019, pusat beli-belah ini akan separa ditutup untuk kerja pengubahsuaian, di mana beberapa jenama akan terus beroperasi seperti biasa. Pengubahsuaian fasa satu dijangka selesai pada suku kedua tahun 2020, sejajar dengan pelancaran semula Shook!, Luk Yu Tea House dan Jogoya. Pelancaran awal kedai terbaru dan rangkaian F&B lain dijangka dilakukan pada suku keempat tahun 2020. Perasmian rasmi The Starhill dengan bilik hotel baru dijangka berlaku pada tahun 2021.