Surya Perkenal Minuman Multi Bijirin Berkhasiat Untuk Ramadan

Berbekalkan misi untuk menyediakan akses kepada produk kesihatan bersesuaian kepada semua ahli keluarga, jenama keluaran tempatan, Surya telah melancarkan S Great Grain iaitu formulasi multi-bijirin terbaru. Produk ini sesuai bagi mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperolehi daripada lima makanan sunnah selain 18 jenis bijian lain.

Pelancaran S Great Grain Minuman Multi-Bijirin Berkhasiat

Dengan menggabungkan sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitu jintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi ini mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu. Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi.

Lima makanan Sunnah itu dapat memberi  manfaat yang diperlukan demi kepentingan mengekalkan kesihatan jantung yang baik dan mengawal tahap glukosa darah bagi mengelakkan kadar obesiti dan kencing manis yang semakin meningkat di Malaysia. Pendidikan awal mengenai kepentingan kesedaran kesihatan dan pemakanan seimbang perlu disemai demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat.

Bagi umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang akan datang, S Great Grain boleh diambil semasa sahur kerana minuman multi-bijirin ini mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.

Ibu bapa yang ingin memberikan yang terbaik kepada anak mereka boleh memanfaatkan S Great Grain kerana ia datang lengkap dengan nutrien diperlukan yang akan memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka dalam bulan puasa ini.

S Great Grain mula memasuki pasaran empat bulan yang lalu dan telah menjual lebih dari 10,000 bungkusan. Ini sekali gus membuktikan bahawa kejayaan formula mereka yang unik dan diyakini HALAL, serta diperakui GMP, HACCP, & MESTI. Surya S Great Grain boleh didapati di Watsons dan kedai farmasi di seluruh Malaysia dengan dua variasi iaitu pek atau kotak yang mengandungi 15 sacet pada harga RM 39.90.