SAMSUNG Galaxy A80 Kini Di Malaysia

Percuma set edisi khas BlackPink

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran Galaxy A80 terbaru yang kini boleh didapati di Malaysia. Dibina dengan inovasi terbaru Samsung dan ciri penting yang dipertingkatkan, Galaxy A80 mempamerkan tiga kamera berputar Samsung yang pertama dan berfungsi sebagai kamera utama dan kamera swafoto.

Angel Gold

Rakam Momen Terindah

A80 adalah peranti Galaxy pertama yang dilengkapi dengan revolusi tiga kamera berputar yang menyediakan lensa berkualiti tinggi, depan dan belakang. Kamera ini juga membantu anda untuk merakam gambar secara berterusan menggunakan kedua kamera depan dan belakang pada masa yang sama.

Kamera Galaxy A80 membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan terang tanpa mengira waktu siang atau malam dengan kamera utama 48MP. Kini , dilengkapi dengan Lens Ultra Wide yang menawarkan sudut tontonan 123 darjah yang dapat membantu anda menangkap dan berkongsi video secara langsung dari semua sudut yang anda lihat dengan mudah.

Kamera lebar Galaxy A80 membolehkan anda menangkap gambar subjek dengan lebih mendalam dan membenarkan anda membuat klip filem dengan momen kegemaran dengan ciri seperti Live Focus Video. Di samping itu, ciri Super Steady Video dapat mengurangkan gegaran untuk memberikan anda hasil video seperti dirakam oleh juruvideo profesional.

Visual yang Memuaskan

Ghost White

Telefon pintar ini turut menampilkan Paparan Infiniti terbaru yang pertama di Samsung, skrin FHD + Super AMOLED berukuran 6.7 inci. Dengan nisbat paparan 20:9, Paparan Infiniti Baru (New Infinity Display) ini membolehkan anda untuk menikmati sepenuhnya visual kegemaran anda. Tingkatkan lagi pengalaman audio-visual anda dengan Dolby Atmos apabila menggunakan fon telinga atau speaker Bluetooth.

Sistem Keselamatan yang Hebat

Sebagai sebahagian daripada pengalaman Galaxy, model terbaru ini juga mempunyai Samsung Knox, platform keselamatan gred pertahanan Samsung yang direka untuk melindungi chipset ke perisian. Di samping itu, Samsung Pass membolehkan anda untuk mengakses aplikasi dan laman web dengan selamat dan mudah melalui sensor cap jari.

Dilengkapi dengan Peningkatan Prestasi Pintar, A80 mempunyai prestasi yang lebih baik, lebih cepat dan lebih lama pada saat anda memerlukannya. Perisian AI yang optimum membantu untuk memaksimumkan CPU, RAM dan kapasiti peranti, menyesuaikan kecekapan Galaxy A80 anda untuk keperluan harian.

Percuma Pakej Khas BlackPink

Galaxy A80 kini boleh didapati di semua kedai Samsung dan kedai dalam talian Samsung Malaysia dengan harga runcit sebanyak RM2, 499. Ia ditawarkan dalam tiga warna: Angel Gold, Ghost White dan Phantom Black.

Phantom Black

Bukan itu sahaja, sebagai tarikan pelancaran telefon bimbit terbaru ini, Samsung sedang menjalankan promosi eksklusif untuk anda. 1,000 pelanggan pertama yang membeli Galaxy A80 akan menerima pakej edisi khas BlackPink secara percuma yang termasuk case Galaxy A80, stand dan kad foto bersama Galaxy Fit secara kolektif bernilai RM818.