RIUH x Grab Bakal Gegarkan Depot Sentul Sempena Hari Malaysia

Isi kebosanan cuti hujung minggu anda dengan berkunjung ke Bazar RIUH x Grab di Depot Sentul sempena Hari Malaysia yang bakal tiba

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan cuti hujung minggu ini boleh berkunjung ke Depot Sentul, bangunan bersejarah yang berusia 110 tahun untuk RIUH x Grab bersempena dengan Hari Malaysia pada 15 dan 16 September ini.

 

Dalam menyokong usahawan Malaysia, RIUH bergabung dengan Grab sempena Hari Malaysia yang bakal tiba.  Buat pertama kalinya, Kempen ‘My New Malaysia’ Grab dan RIUH, pembeli tidak perlu membawa wang tunai untuk berbelanja tetapi membayar dengan menggunakan GrabPay dan banyak diskaun yang hebat menanti para pembeli.

Sepanjang tahun ini, RIUH telah mengadakan 14 acara dengan penyertaan lebih daripada 625 usahawan yang mengendalikan lebih daripada 28 bengkel kreatif dan persembahan daripada 450 pemuzik. RIUH telah dikunjungi hampir 8,500 pelawat setiap bulan daripada pelbagai latar belakang.

Tapak seluas 200,000 kaki persegi ini akan dipenuhi dengan pelbagai gerai makanan dan aktiviti yang menarik yang ditawarkan kepada pengunjung seperti bengkel dan aktiviti kreatif  dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM 100 daripada Grab dan promo GrabFood. Bukan itu sahaja, jenama terkenal seperti Amazin’ Grace, Kakiseni, Tiny Forest, The Straits Finery, Kvik, Batik Tektura, Pungu Borneo turut bakal memeriahkan bazar ini.

Kolaborasi RIUH bersama dengan Grab dan kerjasama YTL Land dalam memperkenalkan Depot Sentul yang kini menjadi salah satu warisan bersejarah untuk Malaysia adalah bukti sokongan yang berterusan terhadap industri kreatif tempatan, keusahawanan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Pelanggang boleh menikmati potongan harga sebanyak RM8 untuk dua kali perjalanan daripada/kepada Sentul depot apbila mereka menggunakan kod promo RIUHXGRAB dan membayar menggunakan GrabPay Credits. Jadi jangan ketinggalan untuk berkunjung ke RIUH x Grab dan menyambut Hari Malaysia bersama pengunjung yang lain dan mengeratkan hubungan sesama kaum yang lain.