Restoran ‘Utara’ Tampil Dengan Hiasan Dalaman Baru

Restoran Utara kini berwajah baru dan sedia untuk dikunjungi

Selepas 22 tahun beroperasi sebagai Utara Coffee House, restoran berkenaan telah melakukan perubahan besar terhadap rekaan hiasan dalaman dan telah dijenamakan semula sebagai ‘Utara”. Restoran yang beroperasi di Hotel Armada Petaling Jaya kini tampil lebih moden dan segar berbanding sebelumnya. 

Ruang makan privasi buat pengunjung Utara

Ruang makan restoran berkenaan kini lebih luas dan menawarkan persekitaran tempat makan yang lebih selesa. Reka bentuk dalaman baru “Utara” menggunakan konkrit dan kayu sebagai bahan utama serta menggabungkan warna tembaga dan juga rose gold.

Projek pengubahsuaian restoran ini  diketuai Elizabeth Yap dari firma reka bentuk dalaman StudioN3m telah menambah dua penambahan pada restoran iaitu dapur terbuka di belakang restoran dan cafe-bar di depan. Pengunjung diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana makanan mereka disiapkan.

ruang bufet baru yang nampak lebih moden

Walaupun Restoran Utara baru diubah suai dengan lengkap, restoran itu masih mengekalkan hidangan tandatangannya kepada pengunjung setia mereka. Antara hidangan tempatan yang luar biasa di Utara seperti Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Asam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada.

Utara turut memperkenalkan  menu barunya dengan menambah beberapa hidangan Vegan untuk memenuhi selera pengunjung Vegan. Di samping itu, menu Set Vegan yang istimewa juga disediakan untuk pesanan tetapi memerlukan tiga hari tempahan awal.

Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam, Restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya boleh dihubungi di 603-7954 6888 untuk membuat tempahan atau e-mel kepada f&[email protected]