Pesan Galaxy Fold Anda Sekarang!

Lebih canggih dan lebih besar!

Samsung Malaysia mengumumkan pra-pesanan untuk Galaxy Fold, kategori teknologi mudah alih yang baru bermula 9 Oktober 2019.

Galaxy Fold ini direka unutk memberikan inspirasi kepada pengalaman baru. Apabila telefon ini ditutup, anda boleh mengakses keperluan anda pada paparan depan dengan selesa menggunakan satu tangan dan apabila dibuka, anda boleh meneroka cara baru untuk menggunakan telefon pintar anda seperti menonton video, bermain permainan dan banyak lagi, pada paparan Infinity Flex berukuran 7.3 inci yang lebar.

Sejak beberapa bulan lalu, Samsung telah menyempurnakan Galaxy Fold untuk memastikan peranti mudah alih itu dapat memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna. Bukan sahaja Samsung memperbaiki reka bentuk dan pembinaan Galaxy Fold, tetapi ia juga mengambil masa untuk memikirkan semula keseluruhan perjalanan pengguna dalam menggunakan telefon pintar ini.

Galaxy Fold Berikan Pengalaman Pertama Kepada Pengguna

Galaxy Fold menggabungkan ciri telefon pintar dan tablet kegemaran anda untuk menyampaikan peranti mudah alih terbaru dan memberikan pengalaman pertama kepada penggunanya. Daripada bentuk dan bahan yang digunakan kepada UX unik yang boleh dilipat, kamera serba boleh dan prestasi yang premium.

Samsung telah bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mewujudkan UX yang sememangnya baru yang akan mengubah cara anda menggunakan peranti mudah alih dan memanfaatkan sepenuhnya reka bentuk lipatan dengan cover dan paparan utamanya. Hasilnya, peranti ini membuka kemungkinan baru kepada pengguna.

Galaxy Fold akan mengubah cara anda menangkap, berkongsi dan mengubah kandungan mudah alih. Apabila gajet ini ditutup, anda boleh mengambil video dengan pantas dan kemudian buka peranti untuk menontonnya di skrin yang lebih besar. Dengan App Continuity, video tersebut boleh dialih dengan lancar daripada paparan hadapan ke paparan utama. Dengan Window Multi-Active, anda boleh menjalankan pelbagai aplikasi dalam masa yang sama dengan berkesan: edit rakaman, imbas galeri foto untuk gambar dan baca email daripada rakan dan rakan sekejra, semuanya boleh dilakukan dalam masa yang sama.

Setiap Galaxy Fold datang dengan akses eksklusif kepada perkhidmatan pernjagaan pelanggan yang khusus. Ini termasuklah akses peribadi kepada pakar Samsung dan hab sokongan 24/7 dalam talian atau melalui telefon. Samsung akan menghuraikan rancangan di setiap pasaran untuk memastikan setiap aspek pengalaman Galaxy Fold adalah luar biasa sama seperti peranti itu sendiri.

Pra Pesanan Galaxy Fold tersedia untuk pembelian di kedai Samsung terpilih dan peruncit yang terlibat dengan harga yang disarankan setinggi RM8, 388. Anda boleh mendapatkannya dalam dua warna menarik iaitu Cosmos Black dan Space Silver.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-fold-preorder dan https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-fold/.