Memperkenalkan Mini Edisi 60 Tahun Daripada Mini Malaysia

Tampil dengan warna hijau yang mempersonakan

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan Mini Edisi 60 Tahun sebagai ulang tahun selama enam dekad pengeluar kenderaan yang berintikan rekaan ikonik serta aspek pemanduan ala go-kart yang sinonim dengan jenama tersebut.

Hadir dalam warna baharu, Hijau ‘British Racing’ yang mempesonakan, model eksklusif ini ditawarkan secara eksklusif menerusi varian MINI Cooper S 3 Door. Kereta ini turut didatangkan dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna putih. Sebagai alternatif, model eksklusif ini turut ditawarkan dalam warna ‘Melting Silver’ dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna ‘Jet Black.’ Jalur bonet berwarna hitam yang disertakan dengan jaluran halus dalam warna ‘Aspen White’ dan ‘British Oak’ turut menonjolkan keeksklusifan jentera MINI Edisi 60 Tahun ini.

Terhad dalam bilangan 60 unit sahaja di Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun ini adalah model jentera yang unik yang didatangkan dengan ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif. Dengan pakej kelengkapan “60 Years Chili,’ jentera ini hadir dengan lampu hadapan LED, lampu kabus LED, indikator berwarna putih dan lampu belakang LED dengan imej rekaan Union Jack yang unik. Spoiler belakang menonjolkan lagi perwatakan jentera berkenaan dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif bersama penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona menuntaskan penampilan MINI Edisi 60 Tahun.

Turut hadir dengan enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti dua liter yang mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j, pada masa yang sama, ia menggunakan bahan api berjumlah 5.5 liter bagi setipa 100 km dengan emis CO2 berjumlah 125 g/km. Tetapan Suspensi Sport yang dirumus untuk pemanduan yang berorientasikan prestasi juga menyinambungkan aspek pengendalian ala go-kart yang sinonim dengan MINI.

Di ruang dalam, jentera MINI Edisi 60 Tahun menampilkan stereng sport MINI Yours bermaterialkan kulit ‘Walknappa’ yang disulam dengan tangan, ia juga membawakan lambang ‘60 Tahun’ di bahagian bawah. Lencana lambang tersebut turut menghiasi lapisan strip di seksyen ambang pintu hadapan untuk menyerlahkan lagi perwatakannya. Upholsteri kulit yang menawan ditawarkan dalam versi warna ‘MINI Yours Lounge 60 Years Dark Maroon’, ia disinambungkan dengan sulaman yang menonjol untuk memberi penghormatan kepada salasilah MINI dalam aspek kesenian. Paparan Skrin Sentuh 6.5” yang beresolusi tinggi dengan fungsi Navigasi di ‘MINI Centre Instrument’ kini memuatkan teknologi yang tercanggih serta pelbagai informasi navigasi di hujung jari pemandu.

Sempena sambutan ulang tahun MINI yang ke-60, bagi anda yang membeli MINI Edisi 60 Tahun bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati tawaran program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan. Tawaran perayaan ini memberikan para pemilik had dalam bentuk 60 bulan atau 80,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu) untuk Servis Berjadual Percuma serta Waranti bertempoh 60 bulan Tanpa Had Perbatuan. Bagi pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, MINI Edisi 60 Tahun berkenaan akan ditawarkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.

Dengan ‘Easy Drive’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,358.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh empat tahun, dengan had perbatuan berjumlah 20,000 km setiap tahun).

Anggaran* harga jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) MINI Edisi 60 Tahun ialah:

 MINI Edisi 60 Tahun:             RM 255,888.00*

Untuk lebih maklumat mengenai MINI Edisi 60 Tahun anda boleh layari www.mini.my