Johnson’s Kembali Dengan Formulasi Baharu

Produk pilihan para ibu di Malaysia, Johnson’s kini telah menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan Johnson’s baharu iaitu rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi tiada paraben, ftalat, sulfat serta pewarna, dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang membesar.

Pelancaran rangkaian produk Johnson’s yang baharu

Sebagai pelancaran semula yang terbesar, Johnson’s yang baharu telah menetapkan piawaian untuk kelembutan menerusi pemilihan bahan yang bermanfaat dan ketelusan bahan yang sepenuhnya. Menerusi reka bentuk pembungkusan yang baharu dan label yang mudah difahami ibu bapa bagi mengenal pasti produk untuk kanak-kanak pada umur dan peringkat pembesaran yang berbeza. Bahan juga dinilai dan menjalani proses jaminan kualiti yang ketat bagi memberikan kepuasan kepada ibu bapa.

Antara perubahan yang dilakukan Johnson’s ialah:

  • Pilihan bahan yang bermanfaat

Johnson telah memilih setiap bahan dalam rangkaian ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral. Rangkaian baharu ini adalah kosong peratus paraben, ftalat, sulfat dan pewarna.

  • Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi

Bau, ingatan dan emosi mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukkan bahawa pengalaman berbilang deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. Johnsons bukan sahaja mengekalkan haruman ikonik yang dimiliki produk klasiknya serta dicipta untuk memaksimumkan ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM).

  • Pembungkusan yang mesra ibu bapa

Botol Johnson’s yang baharu kini dilengkapi dengan pam yang direka untuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.

  • Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi

Produk Johnson’s bukan sahaja membersihkan dan melembapkan kerana setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat penjagaan sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa mereka serta mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat. Rangkaian baharu ini menampilkan empat jenis produk yang mengikut umur dan peringkat bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Produk penjagaan bayi Johnsons yang baharu sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga  berumur enam tahun.

Rangkaian produk penjagaan bayi Johnson’s yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama mulai Jun 2019. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Johnson’s yang baharu, sila layari www.johnsonsbaby.com.my atau ikuti kami di laman Facebook Johnson’s Malaysia di www.facebook.com/JohnsonsbabyMY.