5 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Menonton Spider Man: Far From Home

Sebelum tonton Spider Man, kena tahu ini dulu

Filem kedua Spider Man, iaitu Spider Man: Far From Home sudah mula ditayangkan di pawagam. Ini adalah francais ketiga untuk filem Spider Man yang sebelum ini pernah dibintangi oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield selepas watak itu dilesenkan oleh Marvel kepada Sony Pictures. Namun, selepas ketua Sony, Amy Pascal membuat perjanjian dengan Presiden Marvel Studios, Kevin Feige pada 2015, Tom Holland secara rasmi telah membawa filem itu ke dalam filem Marvel Cinematic Universe.

Kemunculan Spider Man dalam dunia Marvel boleh dilihat sewaktu Captain America: Civil War dan sejak itu, Holland mula muncul dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame, serta filem sulungnya sendiri iaitu Spider Man: Homecoming dan kini dalam filem sekuelnya.

Bagi anda peminat Marvel dan juga Spider Man, ini ada lima perkara yang perlu anda tahu sebelum menonton filem Spider Man: Far From Home.

1 of 5

 

Apa itu “BLIP”?

Selepas Thanos mengumpulkan semua Infinity Stone dalam filem Infinity War dan menyelesaikan misinya untuk menghapuskan separuh alam semesta (termasuk Spider Man), Avengers telah merentas masa di Endgame untuk menggunakan Infinity Stone dan mewujudkan semula mereka yang telah hilang. Mereka berjaya mengumpulkan kesemua batu tersebut dan Hulk telah dipilih untuk menggunakan batu itu bagi mengembalikan mereka yang telah hilang (hanya Hulk yang dapat bertahan daripada radiasi yang dikeluarkan oleh sarung tangan tersebut) Namun, rancangan mereka telah diketahui oleh Thanos daripada masa silam dan telah menghantar bala tenteranya untuk menuntut semua batu itu sekali lagi.

Semasa pertarungan akhir tersebut, Iron Man telah berjaya menghalang Thanos daripada menggunakan batu dan dia sendiri menggunakannya untuk menghancurkan Thanos dan bala tenteranya. Dalam proses itu, Iron Man telah mengorbankan dirinya kerana dia tidak dapat menahan radiasi yang dikeluarkan oleh batu tersebut. Di Bumi, kehilangan sejumlah besar populasi selama lima tahun disebut sebagai “The Blip”. Mereka yang hilang kekal pada usia asal sebelum menghilang (contoh seperti Parker, Aunt May, MJ dan lain-lain) manakala mereka yang lain sudah berumur.

1 of 5