10 Kegunaan Canggih Samsung Galaxy 10 Yang Ternyata Sangat Hebat

Lebih canggih daripada sebelumnya!

Jenama telefon pintar terkenal, Samsung sekali telah menepati jangkaan pengguna dengan rangkaian telefon pintar Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+. Dilengkapi dengan inovasi yang direka untuk membantu pengguna merasai pengalaman telefon pintar mereka ke peringkat seterusnya.

1 of 10

Evolusi S Pen

Bagaikan memegang tongkat sakti, S Pen Note 10 ini dipertingkatkan  dengan sokongan accelerometer yang berfungsi untuk mengesan pergerakan yang dikenali sebagai Air Action. Kawalan berasaskan isyarat sepenuhnya ini boleh diubahsuai, bermakna anda boleh menentukan dengan tepat fungsi mana yang anda mahu cetuskan dalam aplikasi tertentu- seperti kamera, Galeri atau Nota Samsung.

Contoh yang paling mudah adalah gunakan S Pen untuk mengesan pergerakan bulat mengikut arah jama dalam aplikasi Kamera untuk mengarahkan kamera agar gambar di zoom. Bagaimanapun, anda boleh mengubah isyarat ini untuk menukar mod kamera, menukar kamera zook keluar dan banyak lagi, jika anda selesa dengannya.

Selain itu, anda juga boleh menentukan aplikasi atau ciri yang sering anda gunakan ketika anda menekan dan menahan butang S Pen tersebut. Ini dapat membantu menjimatkan masa pengguna dengan memudahkan anda untuk mengakses fungsi yang diperlukan.

1 of 10