Wanita Umur 25 Tahun Boleh Melancong Ke Arab Saudi Tanpa Mahram

Wanita berusia 25 tahun ke atas kini boleh menunaikan umrah tanpa mahram

Jika sebelum ini, Arab Saudi mengenakan undang-undang di mana wanita harus ditemani mahram untuk masuk ke negara tersebut. Namun, pada tahun lalu, pihak Arab Saudi telah melonggarkan undang-undang tersebut dengan membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas boleh dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong. Namun menurut Arab News, bagi wanita yang berusia 25 tahun ke bawah tidak boleh memasuki negara itu tanpa ditemani ahli keluarga atau mahram.

Wanita berumur 25 tahun ke atas kini bebas ke Arab Saudi tanpa mahram dengan menggunakan visa pelancong. Gamdari dari Instagram Neelofa.

Dalam artikel yang dilaporkan oleh My Metro, menurut Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH), visa pelancong itu akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal yang sah selama 30 hari dan visa ini akan merangkumi pelancong wanita yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan juga umrah.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh BH Online, inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai untuk meneroka destinasi baru pelancongan di Arab Saudi.

Pelakon Mira Filzah antara selebriti muda tanahair yang pernah mengerjakan umrah. Gambar: Instagram Mira Filzah

Ia juga bertujuan untuk menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu. Dalam pada itu, ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada Industri Pelancongan.

Sumber: BH Online, My Metro dan Arab News

Bacaan lanjut: MENINGOKOKUS ANCAM JEMAAH TUNAIKAN UMRAH DAN HAJI