Wanita Malaysia Kini Boleh Menyaman Wanita Yang Menganggu Rumah Tangga Mereka!

Awas buat wanita perosak cinta orang!

Wanita hebat tidak akan sesekali menghancurkan hidup wanita lain, sebaliknya perlu menaikkan taraf sesama sendiri. Untuk anda yang selama ini memendam rasa apabila suami menduakan anda, ada cari yang lebih bijak untuk menghentikannya.

Menerusi sebuah artikel di laman web asklegal.mywanita Malaysia kini boleh menyaman wanita lain yang mempunyai hubungan sulit dengan suami mereka. Kalau dulu mungkin wanita Malaysia hanya ada dua pilihan, diceraikan secara baik atau dimadukan!

Untuk anda yang selama ini memang mengalami masalah rumah tangga kerana hadirnya orang kedua, mungkin inilah jalan yang lebih baik. Tindakan menyaman itu boleh dilakukan tetapi memerlukan bukti dan pesalah (wanita perosak rumah tangga) itu tidak boleh dipenjarakan.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja wanita perosak rumah tangga itu dipenjarakan, betul tak? Tetapi undang-undang ini tidak mengenakan hukuman kepada wanita yang menggoda suami anda. Sebaliknya, seseorang lelaki itu boleh dikenakan tindakan kesalahan jenayah kerana menggoda wanita yang telah berkahwin.

Akta itu telah termaktub dalam Seksyen 498 dalam kod panel seperti di bawah:

“Sesiapa yang mengambil atau memikat mana-mana wanita … untuk menjadi isteri mana-mana lelaki lain … dengan niat bahawa dia boleh melakukan hubungan seksual dengan mana-mana orang … hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali. “

Dalam erti kata lain, teman wanita suami anda tidak boleh dipenjarakan kerana menggodanya, tetapi anda boleh menyaman wanita itu kerana mempunyai hubungan sulit dalam akta undang-undang lain.

Tindakan pertama yang perlu anda lakukan ialah mengemukakan bukti suami anda curang. Kemudian, anda boleh mengemukakan petisyen kepada teman wanita suami anda di Mahkamah Sivil. Ia telah dinyatakan di bawah seksyen 58(1) dalam Undang-Undang Pembaharuan (Kahwin dan Cerai) akta 1976 (“LRA”) seperti berikut:

“Mengenai petisyen untuk perceraian di mana perzinaan itu dikatakan … parti itu akan membuat penentang yang dikatakan berzina atau penzina itu sebagai responden, melainkan jika dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan khas untuk berbuat demikian.”

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik artikel di laman web ini: asklegal.my

Foto: depositphotos.com