Vakum Canggih Mudahkan Kerja Rumah

Tugasan rumah anda kini jadi lebih mudah!

A&S by Neatsvor Robotic Vacuum Cleaner, vakum pelbagai guna, sudah berada dalam pasaran Malaysia pada Julai 2019 ini. Sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S by Neatsvor Robotic Vacuum Cleaner ini boleh melakukan tugasan vakum, menyapu dan membersihkan lantai dengan sangat mudah. Dilengkapi teknologi hebat, vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.

“Kami berbangga diberi kesempatan untuk memperkenalkan A&S by Neatsvor Robotic Vacuum Cleaner selepas kejayaannya di China dan beberapa negara lain. Rakyat Malaysia bersikap terbuka dengan produk dan inovasi baru. Kami percaya bahawa A&S by Neatsvor Robotic Vacuum Cleaner dapat membantu ramai orang,” kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn Bhd, Malaysia.

A&S adalah jenama yang terkenal dengan produk kelengkapan rumah seperti televisyen, bar bunyi, pembesar suara, mesin basuh, dan peti sejuk. A&S bermula dalam industri hiburan di mana ia melengkapi rumah dengan bar bunyi dan pembesar suara. Kemudian, mereka mula fokus dalam menyediakan peralatan rumah yang mampu milik, tanpa menjejaskan kualiti.

Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S telah memperluaskan rangkaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S by Neatsvor Robotic Vacuum Cleaner, A&S merancang untuk menakluk pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar, di mana pengguna sering mencari alternatif bagi mempercepatkan segala kerja rumah yang perlu dilakukan setiap hari.

“Neatsvor sangat berbangga untuk bekerjasama dengan A&S yang terkenal dengan dedikasinya dalam membekalkan kelengkapan rumah berkualiti tinggi. Dengan kerjasama ini, Neatsvor mahu melangkah lebih maju ke peringkat yang seterusnya,” kata Wayne, Ketua Pegawai Eksekutif Neatsvor.

Vakum Robot

A&S by Neatsvor Robotic Vacuum Cleaner hadir dalam dua model; A&S by Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A&S by Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum. Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang sangat berkesan dalam membersihkan kediaman anda. A&S by Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot mempunyai berat 2.5kg, dilengkapi ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan wifi. Kuasa sedutannya boleh disesuaikan secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.

Sementara itu, A&S by Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum pula memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan berbeza. Ia boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Vakum robot ini hadir dengan ciri menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan wifi. Kedua-dua pembersih vakum ini mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.

Vakum Boleh Pegang Tanpa Wayar

A&S juga melancarkan A&S S100 Handy Cordless Vacuum Cleaner dan A&S A100 Handy Cordless Vacuum Cleaner. A&S A100 Handy Cordless Vacuum Cleaner, yang beratnya 1.41 kg, dilengkapi ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (kira-kira 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA dan tanpa wayar.

Manakala, A&S S100 Handy Cordless Vacuum Cleaner pula boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus untuk seimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Dengan berat 1.42 kg, ia dilengkapi penapis HEPA dan kuasa sedutan yang kuat, kira-kira 20,000 Pa. Kedua-dua model ini hadir dengan jaminan satu tahun, di mana A&S menawarkan pertukaran unit baharu untuk unit yang rosak.

Semasa pelancaran, YC Ng dan Wayne ditemani Iverson Li, Ketua Pegawai Eksekutif Shenzhen Yiisu Cultural Co. Shenzhen Yiisu Cultural Co iaitu syarikat yang memegang hak harta intelek untuk pelbagai kartun, komik dan watak filem. Ini menjadi kerjasama pertama A&S dengan Shenzhen Yiisu Cultural Co, di mana pelanggan akan dapat melihat watak DC Comics pada produk A&S di masa akan datang.

Sempena Hari A&S pada 29 Julai 2019, anda akan menikmati diskaun sehingga 70 peratus apabila membeli vakum A&S. Selain vakum, anda juga akan menikmati penjimatan hebat pada pembelian mesin basuh dan bar bunyi. Harga bermula serendah RM99 dan A&S menawarkan penghantaran percuma kepada anda yang membeli bar bunyi.

Tawaran Mega Jenama A&S berlangsung dari 12 petang hingga 2 petang pada 29 Julai. Jadi, jangan lepaskan peluang! Untuk maklumat lebih lanjut, layari A&S Flagship Store di Lazada atau A&S Facebook.