The Lion King, Filem Yang Paling Dinantikan Pada Tahun 2019

The Lion King bakal ditayangkan di pawagam 19 Julai 2019

Can you feel the love tonight? Masihkah anda ingat bait lagu daripada filem animasi Disney yang terkenal, The Lion King? Jika anda meminati filem animasi tersebut, sudah tentu ini adalah berita gembira untuk anda. Walt Disney Studios Motion Pictures telah mengeluarkan sedutan pertama untuk filem arahan Jon Favreau, The Lion King. Filem ini bakal ditayangkan di pawagan pada 19 Julai 2019.

The Lion King

Gambar: Instagram

Filem komputer animasi remake daripada filem animasi 1994 ini menampilkan suara daripada barisan pelakon terkenal, antaranya Eric Andre sebagai Azizi, Beyoncé sebagai Nala, Billy Eichner sebagai Timon, Chiwetel Ejiofor sebagai Scar, Donal Glover sebagai Simba, James Earl Jones sebagai Mufasa, John Kani Sebagai Rafiki, Florence Kasumba sebagai Shenzi, Keegan-Michael Key sebagai Kamari, John Oliver sebagai Zazu, Seth Rogen sebagai Pumbaa, JD McCrary sebagai Simba kecil, Shahadi Wright Joseph sebagai Nala kecil dan Alfre Woodard sebagai Sarabi.

Menggunakan skor muzik Hans Zimmer, sedutan filem tersebut dimulakan dengan menunjukkan suasana kerajaan haiwan dengan latar belakang suara Mufasa memberitahu anaknya, Simba “Semua yang disentuh cahaya adalah kerajaan kita, tetapi masa seorang raja memerintah sering naik dan jatuh seperti matahari. Satu hari nanti, masa ayah sebagai pemerintah akan tamat dan kamu yang akan bangkit sebagai pemerintah yang baru.” Kemudian, lagu Circle of Life dimainkan dan sedutan filem diteruskan dengan menunjukkan setiap haiwan tiba untuk menyambut singa kecil tersebut.

Ternyata filem ini antara yang paling dinantikan pada tahun 2019!