Single Terbaru Estranged ‘Milik Ku’ Tidak Akan Di Muat Turun Dalam Spotify Dan YouTube

Tidak percaya akan membawa pulangan, Single terbaru Estranged hanya boleh didapati dalam bentuk CD

Sempena dengan perayaan Hari Malaysia, band terkenal Malaysia, Estranged telah mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Milik Ku. Istimewa mengenai single terbaru ini adalah, kesemua ahli kumpulan Estranged telah sebulat suara membuat keputusan untuk tidak memuat turun lagu terbaru itu di dalam platform Spotify atau YouTube. Single terbaru itu hanya boleh didapati dan dijual di dalam bentuk CD atau boleh dibeli melalui laman Facebook Estranged.

Estranged

Keputusan ini dibuat kerana mereka percaya bahawa medium seperti Spotify dan YouTube tidak memberikan pulangan yang munasabah kepada artis bebas yang telah berusaha keras dalam menghasilkan karya dan membuat rakaman.

Vokalis kumpulan Estranged, Rich memberitahu bahawa mereka hanya percaya pada hasil penjualan CD. Baginya, jualan fizikal akan memberikan satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi. Ia sangat berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Tambahanya lagi, pembelian CD adalah suatu momento istimewa daripada Estranged.

Din turut menegaskan keputusan ini dibuat dengan sebulat suara kerana mereka merasakan melalui jaringan Spotify dan YouTube ini tidak dapat memberikan sebarang pulangan yang lumayan. Menurutnya, Estranged mempunyai banyak lagu namun ia tidak mendapat duit mahupun pulangan yang setimpal dan ia amat menyedihkan.

Penjualan CD mereka telah terjual sebanyak 300 unit sewaktu Pesta Harapan yang telah berlangsung pada 15 September 2018.