Serlah sisi kewanitaan di kala aktif bersukan

Pilihan jaket, seluar panjang potongan lebar, set baju sejuk bercorak dan banyak lagi.

Penggiat sukan atau wanita yang aktif kini boleh berlapang dada kerana jenama pakaian sukan wanita yang berpangkalan di Australia, Lorna Jane kini menawarkan variasi pakaian yang boleh digayakan untuk aktiviti harian dan bersukan dalam masa yang sama!

Kini, tidak perlulah anda mengasingkan gerobok pakaian sukan anda kerana koleksi terbarunya iaitu Lorna Jane Luxe Athletic ini hadir dengan pelbagai pakaian seperti jaket, seluar panjang potongan lebar, set baju sejuk  bercorak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan bra dan seluar sukan terbaru dengan teknologi terunggul turut diperkenalkan.

1 of 8

 

1 of 8