Selebriti Tempatan Berikan Kata Semangat Kepada Haneesya

Selebriti Malaysia mahu pemenang Dewi Remaja belajar dari kesilapan

Kontroversi yang melanda pemenang Dewi Remaja 2018/2019 adalah antara isu yang paling mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Video pemenang Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan beberapa peserta Dewi Remaja yang lain telah tular di media sosial. Video ini yang menampilkan pemenang dan peserta Dewi Remaja berparti di kelab malam sambil minum minuman beralkohol telah mendatangkan kemarahan netizen. Kebanyakan netizen mengecam tindakan mereka dan mendakwa mereka tidak harus diangkat sebagai ikon remaja kerana ada di antara mereka dilihat sudah membuka tudung. Dibimbangi tindakan mereka ini akan memberi pengaruh buruk kepada remaja yang lain.

Berikutan daripada kontroversi berikut, pemilik jenama Dewi Remaja, NU Ideaktiv Sdn. Bhd. telah mengumumkan penarikan semula gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Haneesya pada 17 Januari yang lalu. Menurut Majalah Remaja, kejadian ini adalah pertama kali berlaku dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi pertandingan ini dianjurkan. Penarikan ini dilakukan selepas pihak Majalah Remaja melakukan penyiasatan mendalam kepada kontroversi yang berlaku.

Dengan penarikan gelaran tersebut, bermakna tahun ini tiada gelaran Dewi Remaja 2018/2019. Tia Sarah yang menduduki tempat kedua akan kekal di posisinya namun dia akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama dua pemenang yang lain.

Peristiwa ini telah menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk Haneesya tetapi juga untuk semua. Walaupun kebanyakan netizen masih mengecam Haneesya namun masih ada yang memberikan kata nasihat dan semangat buat Haneesya dan antaranya adalah selebriti Malaysia. Jelita juga berharap Haneesya dapat belajar daripada kesilapan dan mula mengatur masa depan yang lebih cerah.

Mari sama-sama ikuti kata-kata semangat daripada selebriti tanahair lain kepada Haneesya.

1 of 5

Datuk Aznil Nawawi

Pengacara popular dan salah seorang juri pada malam Final Dewi Remaja 2018/2019, Datuk Aznil Haji Nawawi memilih untuk memberikan kata-kata semangat kepada bekas pemenang Dewi Remaja 2018/2019 ini. Dalam status yang dimuatnaiknya itu, dia berharap Haneesya dapat belajar daripada kesilapan yang dilakukannya dan melupakan perkara yang berlaku secepat mungkin.

1 of 5