Seks Waktu Pagi Sebenarnya Baik Untuk Anda

Kebaikan seks pada waktu pagi untuk anda dan pasangan

Tahukah anda bahawa seks bukan sahaja sesuai dilakukan pada waktu malam  tetapi juga pada waktu pagi sebelum anda ke pejabat? Percaya atau tidak, seks pada waktu pagi sebenarnya baik untuk anda dan juga pasangan. Tetapi ia seeloknya dilakukan tiga hingga lima kali dalam seminggu. Ini adalah antara kebaikan melakukan seks pada waktu pagi.

seks pada waktu pagi

Gambar: Shutterstock

Redakan Tekanan

Melakukan seks pada waktu pagi dapat membantu anda menjadi tenang sepanjang hari. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh PNAS, aktiviti yang mengghairahkan boleh mengurangkan kadar hormon stres anda dan membantu untuk memperbaiki mood pada waktu pagi.

Pengganti Senaman

Mungkin melakukan seks pada waktu pagi tidak sama seperti bersenam di treadmill selama satu jam namun ia masih boleh dikira sebagai pengganti senaman pagi anda. Menurut kajian yang dilakukan oleh Havard Medical School, seks dapat membakar lebih kurang lima kalori setiap minit.

Badan Anda Sudah Bersedia

Waktu pagi adalah masa yang sesuai untuk seks kerana badan anda sudah bersedia untuknya. Ini kerana pada waktu ini paras estrogen dan testosteron berada di tahap yang lebih tinggi. Kajian yang telah dijalankan oleh University of California, Santa Barbara pada tahun 2013 menunjukkan bahawa libido anda dipengaruhi oleh tahap hormon. Lebih tinggi tahap hormon, lebih bersemangat anda rasa.

Awet Muda

Selain mengurangkan tekanan, seks juga boleh membantu untuk anda sentiasa tampak muda. Dalam jurnal yang diterbitkan oleh Journal of Pain, kebanyakan pakar berpendapat bahawa seks adalah kunci untuk kelihatan muda kerana ia mengeluarkan oxytocin, beta endorphins dan molekul anti radang yang lain. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh BBC News pula, kajian yang lebih terdahulu telah menunjukkan bahawa mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat membuat anda kelihatan lebih muda daripada mereka yang jarang melakukan seks.

Sumber: Cosmopolitan.my, Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America,  Harvard Medical School, Hormones and Behavior Volume 63, The Journal of Pain dan BBC News.