Tip Mudah Untuk Atasi Pertengkaran Dengan Pasangan

Pertengkaran antara anda dan pasangan boleh diatasi dengan tip mudah ini

Ada kala, pergaduhan tidak dapat dielak. Biarpun pelbagai usaha sudah dibuat namun masih ada perkara yang meletuskan pertengkaran. Jadi, mungkin tip berikut boleh membantu untuk atasi pertengkaran dengan pasangan.

pertengkaran

Gambar: Shutterstock

  • Jangan mencari salah dan cuba fikirkan kembali kebaikan masing-masing.
  • Jangan sesekali mengungkit kesalahan antara satu sama lain
  • Kenal pasti punca masalah atau pertengkaran. Cuba selesaikannya.
  • Berhenti menggunakan bahasa negatif dan cuba bercakap dengan intonasi yang biasa atau lembut.
  • Jangan mudah menghukum dan cuba bertenang. Fikir sedalam-dalamnya mengenai keputusan atau langkah wajar yang perlu diambil.
  • Cepat memujuk pasangan anda. Jangan biarkan  rajuknya berpanjangan. Elakkan membiarkan dia rasa tidak dihargai kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.