Tanggungjawab Suami Dalam Urusan Rumah Tangga

Tanggungjawab menguruskan rumah tangga tidak hanya terletak pada bahu isteri sahaja.

Melayari bahtera perkahwinan sememangnya adalah momen yang indah buat pasangan berkahwin. Namun, perjalanan yang perlu ditempuhi bukanlah jalan yang mudah. Berkahwin memang menyeronokkan namun ada banyak tanggungjawab yang harus dipikul sebaik sahaja anda menerima gelaran suami atau isteri.
 

Gambar: Shutterstock


 
Mungkin hal seperti urusan rumah tangga tampak remeh namun hal seperti ini sering menjadi punca suami dan isteri bergaduh dan akhirnya bercerai. Sudah menjadi lumrah, urusan rumah tangga sering menjadi tanggungjawab isteri namun tahukah anda bahawa urusan rumah tangga itu bukanlah sepenuhnya terletak pada bahu isteri? Tidak salah jika anda dan pasangan melakukan kerja rumah bersama kerana ia juga membantu untuk mengeratkan hubungan suami dan isteri. Berikut adalah pengalaman seorang ibu menasihati anaknya yang bakal bernikah tentang tanggungjawab suami isteri.
 

“Mak, calon isteri saya tak pandai masak.”
 
Di Subuh yang dingin, aku dapati ibu ku sedang sibuk memasak di dapur.
 
“Mak masak apa tu? Boleh saya tolong?”
 
“Ni mak masak ikan bawal goreng dengan sambal tomato kesukaan ayah kamu..”, sahutnya.
 
“Alhamdulillah..mesti best. Ermm.. mak, mak tahu tak.. calon isteri saya rasanya macam..macam..emm..
 
tak pandai masak lah mak..”
 
“Dah tu apa masalahnya?” Sahut ibu.
 
“Takde apa-apa lah mak..saje je cerita, biar mak tak kecewa nanti, hehehe”.
 
“Ape kamu pikir memasak, mencuci, menyapu, mengurus rumah dan lain lain tu adalah kewajipan wanita?”
 
Aku menatap ibu dengan penuh rasa tak paham.. blur. Lalu dia melanjutkan, “Ketahuilah nak, itu semua adalah kewajipan lelaki. Kewajipan kamu nanti kalau sudah beristeri.” katanya sambil menarik hidungku.
 
“Tapi mak, bukankah mak yang setiap hari melakukannya?”. Aku masih tak paham.
 
“Kewajipan isteri adalah taat dan mencari redho suami.” kata Ibu.
 
“Kerana ayah kamu mungkin tidak boleh mengurus rumah, maka mak lah yang tolong menguruskan semuanya. Tapi BUKAN atas nama kewajipan, tetapi sebagai wujud CINTA dan juga wujud isteri yang mencari REDHO suaminya”
 
“Saya makin pening lah mak.”.
 
“Baiklah, wahai putera mak sayang. Ini ilmu untuk kamu yang mahu berkahwin.”
 
Ibu berpaling menatap mataku.
 
“Pada pendapat kamu, apakah pengertian nafkah? Bukankah itu kewajipan lelaki untuk menafkahi isteri? Baik itu pakaian, makanan, dan tempat tinggal?”, tanya Ibu.
 
“Ye lah mak..tentu sekali..”
 
“Pakaian yang bersih adalah nafkah. Sehinggakan mencuci adalah kewajipan suami. Makanan adalah nafkah. Maka jika masih berupa beras, itu masih setengah nafkah, kerana belum boleh dimakan. Sehinggakan memasak adalah kewajipan suami. Lalu menyediakan rumah tempat tinggal yang adalah kewajiban suami. Sehingga kebersihan rumah adalah kewajipan suami.”
 
Mataku terbeliak mendengar huraian bondaku yang cantik, cerdas dan
kebanggaanku ini.
 
“Waaaaah.. sampai macam tu sekali ye, mak..? Lalu jika itu semua kewajipan suami.., kenapa mak melakukan semua tu tanpa menuntut ayah sekalipun?”
 
“Kerana mak juga seorang isteri yang mencari redho dari suaminya. Mak
juga mencari pahala agar selamat di akhirat sana. Kerana mak mencintai ayahmu, mana mungkin mak tergamak menyuruh ayahmu melakukan semuanya. Jika ayahmu orang yang berada, mungkin pembantu rumah atau orang gaji boleh menjadi penyelesaiannya. Tapi jika belum ada, ini adalah ladang pahala untuk mak.”
 
Aku hanya diam terpesona.
 
“Pernah kamu dengar kisah Fatimah yang meminta pembantu kepada ayahandanya, Rasulullah, kerana tangannya lebam menumbuk tepung? Tapi Rasulullah tidak memberinya. Atau pernah tak kamu dengar kisah di mana Umar bin Khatab dileteri isterinya? Umar diam saja kerana dia tahu betul bahawa wanita kecintaannya itu sudah melakukan tugas macam-macam yang sebenarnya itu bukanlah tugas si isteri.”
 
“Ye mak..”
 
Aku mulai faham.
 
“Jadi, lelaki selama ini salah sangka ya mak.. sepatutnya setiap lelaki berterimakasih pada isterinya. Lebih sayang dan lebih menghormati penat jerih isteri.”
 
Ibuku tersenyum.
 
“Eh, satu soalan lagi mak, kenapa mak masih tetap mahu melakukan
 
semuanya padahal itu bukan kewajipan mak?”
 
“Menikah bukan hanya soal menuntut hak kita, nak. Isteri menuntut suami, atau sebaliknya. Tapi banyak lagi hal lain. Menurunkan ego. Menjaga keharmonian. Mesti sama sama mengalah, kerja sama, kasih sayang, cinta dan persahabatan. Pernikahan itu perlumbaan untuk berusaha melakukan yang terbaik satu sama lain. Yang wanita sebaik mungkin membantu suaminya. Yang lelaki sebaik mungkin membantu isterinya. Itu lah impiannya rumah tangga sampai ke Syurga”
 
“MasyaAllah….erkk, ni kalau calon isteri saya tahu hal ni, mesti dia jadi malas nak buat kerja apa pun.., macamana tu, mak?”
 
“Wanita beragama yang baik tentu tahu bahawa dia mesti mencari
keredhaan suaminya. Sehingga tidak mungkin akan sanggup seperti tu. Manakala lelaki beragama yang baik pula tentu juga tahu bahawa isterinya telah banyak membantu. Sehingga tidak ada cara lain selain lebih mencintainya.”
 
Jodoh kita adalah Hadiah dari ALLAH.
 
Huh, terbaekk lah mak aku. Untung ayah aku.
 
– Bakal suami

(Dipetik daripada FBIIUM Confessions)