Seks Ketika Hamil, Ini Posisi Selesa Bersama Suami Yang Perlu Anda Tahu

Antara posisi selesa yang perlu anda tahu jika anda mengadakan hubungan seks ketika hamil bersama suami

Tidak salah untuk mengadakan hubungan seks bersama suami ketika sedang hamil. Bahkan, dalam Islam juga tidak melarang anda melakukan hubungan intim bersama suami dan secara saintifik, hal ini tidak mendatangkan masalah kepada bayi yang dikandung jika anda tahu teknik yang betul. Oleh itu, Jelita kongsikan posisi selesa ketika mengadakan hubungan seks bersama suami sewaktu hamil.

seks ketika hamil

Gambar: Shutterstock

  • Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar. Tetapi baring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya daripada uterus anda.
  • Gunakan katil sebagai alat membantu. Perut anda bukan penghalang jika anda baring menelentang di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda berada pada posisi melutut atau berdiri di depan anda.
  • Baring ke sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi yang  tidak dalam. Penetrasi yang dalam boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan meningkat.
  • Naik ke atas suami ada. Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi
  • Posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk di atas kerusi yang kukuh.