Percaya atau tidak, isteri sebenarnya lebih tertekan dengan suami berbanding dengan anak? Sebaik sahaja seorang wanita itu masuk ke dalam alam perkahwinan, tugasannya akan bertambah terutama sekali jika ia melibatkan anak. Anda cuba untuk menjadi isteri yang setia, tukang masak yang handal, ibu yang penyayang dan banyak lagi dan anda cuba untuk jadi yang terbaik bukan sahaja di tempat kerja bahkan di rumah anda setiap hari. Jadi, tidak hairanlah wanita berasa tertekan sepanjang masa.