8 Jenis Wanita Yang Sering Dijauhi Lelaki

Inilah lapan jenis wanita yang sering dijauhi oleh lelaki

Pasti anda ada seorang teman yang cantik, bijak dan berpendidikan tingi, kiranya dia miliki semuanya namun dia sering kecundang dalam soal percintaan. Ini mungkin kerana sikap mereka yang membuatkan lelaki menjauhkan diri daripada mereka. Jelita kongsikan lapan jenis wanita yang sering dijauhi oleh lelaki.

jenis wanita

Gambar: Shutterstock

Kelihatan seperti seorang yang sombong

Pakar sosiologi barat telah mengkaji kelakuan orang ramai di laman web temu janji popular dan hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan wanita cuba untuk mendapatkan ekspresi wajah yang sama seperti model majalah di dalam foto mereka. Ini telah membuatkan mereka kelihatan seperti seorang yang dingin, sombong dan angkuh. Lelaki lebih memilih pasangan mereka yang suka tersenyum dan sedikit terbuka serta punya sifat malu.

Terlalu mendesak untuk berkahwin

Wanita yang terdesak untuk berkahwin boleh menakutkan pasangannya walaupun dia sendiri ingin berkeluarga. Jika apa yang diinginkan wanita itu adalah berkahwin, dia akan mula menilai sama ada lelaki itu mempunyai material calon suami pada hari pertama mereka berjumpa. Dia tidak akan berfikir tentang apa yang disukai oleh pasangannya. Sebaliknya, untuk lelaki, mereka akan melihat pasangan sebagai bakal isteri apabila mereka yakin bahawa perkara lain yang berlaku adalah tepat atau betul.

Sering merumitkan keadaan

Percaya atau tidak, kebanyakan wanita cenderung untuk bersikap dramatik dan melebih-lebih walaupun ia sebenarnya tidak perlu. Cara lelaki dan wanita berfikir adalah sangat berbeza. Kebanyakan lelaki mempunayi minda yang jelas dan logik manakala wanita sering memberi perhatian kepada terlalu banyak butiran yang tidak perlu. Memang, anda tidak boleh mengubah cara berfikir namun anda sebagai wanita perlu elakkan daripada berfikir.

Sukar untuk mencintai lelaki

Pemahaman cinta adalah berbeza untuk lelaki dan wanita. Pakar psikologi yakin bahawa lelaki perlu merasa hormat terhadap pasangan mereka manakala wanita pula inginkan perasaan romantik daripada pasangan mereka. Jadi, jika anda inginkan hubungan yang berpanjangan, anda perlu mencari keseimbangan yang betul. Anda boleh meminta pasangan untuk bersikap romantik tetapi sebagai balasannya, berikan pujian dan perhatian terhadap pendapatnya agar mereka rasa dihormati.

Perlukan banyak benda

Keperluan sosial untuk lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. Mereka perlu mendapatkan banyak wang untuk menyediakan keperluan buat keluarga. Mereka juga perlu menjadi lebih kuar, lebih bijak dan lebih tenang daripada anda. Walau bagaimanapun, ada sesetengah wanita bersedia untuk memenuhi senarai keperluan di atas tanpa memikirkan tentang perasaan pasangan mereka. Malah, lelaki yang ideal juga akan melarikan diri dari wanita jenis ini. Jika wanita itu mempunyai keinginan yang tinggi maka pasangannya juga akan cuba untuk memenuhi keperluan mereka.

Tidak menjaga penampilan

Memanglah setiap wanita inginkan lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya namun itu bukan alasan untuk anda tidak menjaga penampilan diri. Kebanyakan lelaki menganggap keindahan yang dimiliki wanita sebagai aset yang paling berharga. Personaliti memang penting namun penampilan adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh orang lain (bukan sahaja lelaki). Pastikan penampilan anda tampak kemas dan bersih. Elakkan daripada memakai begitu banyak alat solek atau bulu mata palsu, ini mungkin akan membuatkan pasangan anda lari.

Suka berangan

Drama dan filem antara punca hubungan sering tidak menjadi. Klise yang sering digunakan di dalam drama dan filem adalah jauh daripada kenyataan sebenar dan hanya ada segelintir sahaja yang dapat melakukannya. Jadi, elakkan daripada meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan anda. Apa yang perlu anda ingat adalah memilih pasangan kerana perasaan cinta yang dimiliki  dan bukan untuk apa yang dia punya.

Membuat keputusan sendiri

Isitlah wanita kuat dan bebas selalunya tidak memberikan reaksi positif pada lelaki. Kata ini sering digunakan untuk menggambarkan tentang wanita yang mengadu tentang kelakuan keanakan dan kelemahan lelaki. Mereka ingin melakukan semuanya sendiri. Ketahuilah, lelaki juga punya pandangan dan ego mereka sendiri. Mereka juga sebahagian daripada perhubungan ini dan mereka juga mahu didengari dan dihormati. Merka yang mempunyai segalanya tidak memerlukan komander, mereka perlukan pasangan yang jalan seiringan.