7 Tanda Ini Menunjukkan Pasangan Anda Cemburu Buta

Sifat cemburu buta ini boleh membahayakan anda dan juga pasangan

Sifat cemburu yang melampau boleh menyebabkan hubungan anda bersama pasangan terganggu. Oleh itu, sifat cemburu ini tidak boleh dibiarkan dan ia perlu dirawat agar hubungan bersama pasangan sentiasa aman. Ini tujuh tanda pasangan anda seorang yang cemburu buta.

Cemburu buta

Gambar: Shutterstock

  1. Sering mempersoalkan dan mengawal gerak-geri serta apa jua aktiviti pasangan.
  2. Menyelongkar barangan pasangan tanpa kebenaran.
  3. Menghalang pasangan daripada mempunyai hubungan sosial yang dirasakan mampu menggugat kebahagiaan. Contohnya, meluangkan masa dengan hobi atau rakan.
  4. Sering menyalahkan pasangan apabila tercetus pergaduhan atau timbulnya isu cemburu buta ini.
  5. Media sosial, whatsapp dan telefon pintar pasangan dipantau serta diselongkar untuk mencari bahan bukti wujudnya ancaman terhadap hubungan mereka.
  6. Individu menafikan mereka mempunyai personaliti tidak rasional dan cemburu buta.
  7. Peringkat yang lebih serius iaitu timbul ancaman dan ugutan sama ada untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain.