7 Cara Buat Isteri Kawal Suami Miang

Pakar kaunseling keluarga kongsi cara tangani isu suami ‘gatal’.

Kesetiaan terhadap pasangan selepas berkahwin adalah antara perkara penting yang perlu dijaga suami isteri. Keduanya perlu memainkan peranan dalam hubungan berkenaan. Tetapi bagaimana pula jika suami yang dikahwini pantang melihat wanita berdahi licin? Suami nakal seperti ini adalah berbahaya kerana terkadang si isteri tidak menyedari perbuatannya.

Gambar : Shutterstock

Menurut Noraniza Anwar, Kaunselor Keluarga dan Perkahwinan, berdasarkan pengalaman menguruskan kes perkahwinan sebegini ianya tidak berpunca daripada apa yang terjadi pada hari ini sebaliknya mungkin melibatkan perkara yang lampau. Menurut Noraniza, dua faktor yang boleh dikaitkan ialah:

Faktor Dalaman

Berkemungkinan sang lelaki ini pernah merasai kehilangan atau kurang mendapat kasih sayang. “Sebagai contoh, sewaktu membesar, mereka kurang mendapat sentuhan dan perhatian seorang ibu menyebabkan mereka sentiasa tercari-cari. Namun, apabila sudah dewasa, sikap tercari-cari itu mula berubah kepada motif untuk membalas dendam atau menyakitkan hati wanita,” katanya. Ini adalah lebih berbahaya dan perlu mendapatkan bantuan untuk mengenal pasti masalah sebenar.

Faktor Luaran

Faktor luaran pula lebih melibatkan keadaan sekeliling seperti isteri terlalu sibuk bekerja, perhatian telah dialihkan pada anak, tiada masa berkualiti bersama atau mungkin kurang ilmu mengenai cara untuk memperkukuhkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Selain itu, pengaruh rakan juga memainkan peranan lelaki bertindak mahu main kayu tiga kerana ingin mencuba perkara baru atau telah dicabar teman.

Walau bagaimanapun, para isteri tidak perlu berduka. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membawa sang suami kembali ke jalan yang lurus.

1 of 7

Ubah Penampilan Diri

Gambar : Shutterstock

Berbanding awal perkahwinan, kebanyakan isteri kurang menumpukan penampilan diri lebih-lebih lagi kerana kalut menjaga anak kecil. Biarpun anda tidak sempat hendak berias cantik sepanjang masa, memastikan kebersihan diri dan nampak rapi amat dituntut dalam agama. Bonus jika anda sempat melawa (sekadar bergincu pun sudah memadai) supaya suami tiada alasan untuk berkata “Isteri saya sekarang sudah tidak melawa lagi…”

1 of 7