Saksikan Persembahan Fazura Dan Shane Filan di Konsert Tasik Pertama City of Elmina

Konsert Tasik pertama ini menampilkan penyanyi ternama seperi Shane Filan dan Fazura bersama dengan artis misteri

Buat peminat setia Shane Filan dan Fazura, Sime Darby Property membawakan secara eksklusif kepada anda konsert pertama di City of Elmina- ‘Konsert Elmina Lakeside’ dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Konsert ini akan diadakan pada 19 Januari 2019 di Elmina Central Park yang terletak di kawasan City of Elmina yang memenangi anugerah bandar di Shah Alam.

Konsert yang diadakan secara percuma ini terbuka kepada semua sempena meraikan penduduk di City of Elmina dan kempen jenama Bandaraya Elmina yang kini sedang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup luar biasa dalam pembangunan penting sepanjang Koridor Guthrie.

Acara tersebut akan bermula pada jam 5;30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga seperti belon udara panas, pertunjukkan ‘fire-eater,’ Cinema 12D, halangan kembung dan trak makanan. Konsert dijadualkan bermula pada jam 8 malam.

Anda akan dihiburkan dengan penyanyi terkenal antarabangsa, Shane Filan yang sebelum ini popular melalui kumpulan pop Westlife dan selebriti tempatan, Fazura. Penganjut akan mengumumkan seorang lagi penghibur misteri yang bakal bersama dua selebriti ini pada konsert tersebut dalam masa terdekat.

Shane yang sebelum ini terkenal sebagai ahli kumpulan pop, Westlife telah meneruskan perjalanannya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan. Dia dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit  Westlife dan lagu terbarunya.

Fazura pula memulakan karier sebagai pelakon dan personaliti TV telah menceburi bidang nyanyian dan melancarkan album pertama tahun lalu yang telah menerima anugerah emas.

‘Elmina Lakeside Concert’ dibawakan secara eksklusif kepada anda oleh Sime Darby
Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY
sebagai rakan media rasmi.  Anda boleh mencari lokasi berikut dengan menaip ‘Elmina Central Park, Shah Alam’ di Waze atau Google Maps. Tiket PERCUMA ke konsert boleh ditebus di sini (tertakluk kepada terma dan syarat).