[Reviu Jelita] 5 Sebab Aplikasi Nyra Berguna Buat Wanita

Aplikasi Nyra membantu wanita di seluruh Malaysia dan Asia untuk mengurus kesihatan feminin dan kesejahteraan mereka di hujung jari

Sebagai seorang wanita, masalah kesihatan sering menyebabkan kerisauan lebih lagi jika ia melibatkan masalah faraj dan menstruasi. Wanita kini tidak perlu lagi risau kerana aplikasi dalam talian Nyra boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi.

Aplikasi Nyra direka untuk membantu wanita daripada setiap peringkat umur yang mahu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kesihatan feminin yang dihadapi. Melalui maklumat menstruasi yang dimasukkan ke dalam aplikasi ini ia akan membantu memberikan pandangan kesihatan tentang masalah yang dihadapi. Ini adalah lima sebab kenapa wanita perlu muat turun aplikasi ini dan menggunakannya.

 

  • Jejak Kitaran Menstruasi

Aplikasi Nyra membantu untuk menjejaki kitaran haid yang dialami setiap bulan seperti bilangan hari sebelum haid bermula, anggaran tempoh haid, waktu subur dan tarikh ovulasi seseorang. Nyra juga membenarkan anda untuk memasukkan data mengenai mood dan gejala yang dihadapi setiap hari bagi mengesan sebarang perubahan. Bukan itu sahaja, setiap hari anda boleh mengemas kini waktu tidur, keinginan seks, tenaga dan pengambilan makanan setiap hari.

  • Berbual Secara Peribadi Bersama Doktor

Bagi mereka yang malu untuk berbincang mengenai masalah kesihatan vagina secara berhadapan, aplikasi ini turut menyediakan ruangan sembang untuk anda bertanya secara peribadi kepada doktor tentang masalah kesihatan feminin seperti kesuburan, pencegahan hamil, kesihatan seksual dan segala perkara yang berkaitan. Doktor yang diiktiraf akan menjawab segala persoalan yang anda ingini.

 

  • Akses Kepada Artikel Kesihatan

Selain itu, ia juga menyediakan artikel kesihatan bagi membantu anda memahami mengenai pentingnya menjaga kebersihan faraj dan kesihatan seksual. Anda boleh menekan butang notifikasi untuk mendapat sebarang maklumat terbaru yang dimuat naik dalam aplikasi.

  • ¬†Perancang & Pencegah Kehamilan

Bagi pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata, aplikasi ini akan memberitahu tentang waktu ovulasi pada kalendar dan ini dapat meningkatkan peluang pada isteri untuk hamil. Ia juga boleh digunakan sebagai pencegah kehamilan buat mereka yang masih lagi merancang untuk tidak hamil.

  • Sebagai Peringatan Untuk Ambil Ubat

Aplikasi ini juga membolehkan wanita untuk menjejaki pengambilan ubat dan  makanan tambahan melalui peringatan yang boleh diubah sesuai mengikut masa yang perlu. Jadi pasti tidak akan terlepas waktu yang tepat untuk mengambil ubat anda.

Bukan ini sahaja, Nyra kini hadir dalam bahasa Malaysia bagi memudahkan wanita untuk memahami maklumat yang lebih lanjut mengenai masalah kesihatan wanita yang dialami. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple dan Google App Store.