[Reviu Filem] Lee Chong Wei Menjulang Kejuaraan

Filem fenomena yang mesti anda tonton.

Filem yang memberi gambaran dekat akan suka duka yang dilalui ikon badminton hebat negara, Datuk Wira Lee Chong Wei sehingga dipandang tinggi di mata dunia.

Siapa yang tidak kenal akan insan gagah yang tidak pernah kenal erti putus asa ini. Datuk Wira Lee Chong Wei menjadi kebanggaan negara dengan pencapaiannya di peringkat antarabangsa. Kini anda boleh layan filem biografi mengenainya, bermula dengan tahun awal sebagai pemain badminton muda dari Bukit Mertajam hingga berjaya menjadi juara dunia.

Lee Chong Wei Menjulang Kejuaraan

Pengarah: Teng Bee
Penerbit: Josiah Chieng & Ben Lee
Penerbit Perunding: Tony Hu
Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
Barisan Pelakon Utama:
Jake Eng (Lee Chong Wei kecil)
Tosh Chan (Lee Chong Wei dewasa)
Ashley (Wong Mew Choo)
Mark Lee (ayah Lee Chong Wei)
Yeo Yann Yann (ibu Lee Chong Wei)
Datuk Rosyam Nor (Misbun Sidek)

*Tosh Chan, Jake Eng dan Ashley dipilih daripada sesi uji bakat yang telah diadakan untuk filem ini yang menyaksikan beribu calon hadir. Pihak produksi memberi latihan padu buat semua pelakon supaya lebih dekat dengan karakter yang dibawa. Mereka juga melalui latihan intensif selama sebulan dalam lakonan serta daripada bekas pemain kebangsaan, Chan Chong Ming sebagai juru latih badminton. Pelakon gigih berlatih hinggakan ada yang mengalami kecederaan yang menjadikan filem ini tampak realistik.