Raikan #KamiWanitaMalaysia Bersama Jelita Edisi September

Jelitawan dan aktres, Nad Zainal hiasi halaman depan.

Bagi menyemarak sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Jelita mengetengahkan kempen #KamiWanitaMalaysia!

 

Di dalam edisi ini, Jelita membariskan srikandi terkenal dan berjaya dalam bidang tersendiri yang berkongsi sebab mereka bangga menjadi wanita Malaysia.

Sementara itu, Nad Zainal, aktres berbakat menghiasi wajah depan edisi September ini, dan dia berkongsi cara mengendalikan bisnes dan rutin harian dengan jayanya.

Siapa kata bendera Malaysia tidak boleh jadi inspirasi untuk solekan yang memukau? Kami sertakan dalam Galeri Cantik bulan ini.

Ibu mentua suka main ilmu hitam? Apakah tindakan sang menantu melihat bapa mentua bagai lembu dicucuk hidaung? Kisah benar ini dipaparkan dalam ruangan Titik Hitam.

Semua ini dan banyak lagi dalam majalah Jelita edisi September. Dapatkannya sekarang!