Peranti Hebat Nokia Pelengkap Gaya Hidup Moden

Mampu mengambil foto dengan sangat baik - pendamping setia anda!

Nokia 5.1 Plus 

Nokia 5.1 Plus menampilkan reka bentuk yang tulen dengan kemasan kaca melengkung 2.5D di depan dan belakang, dilengkapi dengan bucu melengkung dan bezel kamera logam yang dimesin CNC dengan tingkap kaca optik dan kemasan bingkai yang berkilauan. Paparan HD+ 5.8 inci dari hujung ke hujung yang amat menakjubkan pastinya menggembirakan para peminat yang gemarkan skrin penuh. Peranti ini juga ringan dan hanya berukuran 8mm.  

Buat yang gemar mengambil gambar, pengimejan yang termaju membolehkan anda mengambil foto berkualiti studio dengan keupayaan mengesan kedalaman imej dan pilihan kesan bokeh serta pencahayaan potret. Kamera dwi sensor 13MP/5MP di bahagian belakang dengan penstabil video elektronik memastikan anda dapat merakamkan video yang lebih stabil dan tajam agar anda tidak terlepas detik istimewa bersama-sama rakan, dalam apa jua keadaan.

Anda boleh dapatkan peranti Nokia 5.1 Plus dengan pakej bundle eksklusif di semua penjual Nokia yang sah pada harga RM899 yang didatangkan dengan sebuah beg galas, pelindung skrin tempered glass dan sarung pelindung bernilai RM200. Nokia 5.1 Plus juga boleh didapati melalui kedai dalam talian rasmi Nokia di Lazada pada harga istimewa RM809 bagi tempoh yang terhad, sementara stok masih ada.

Nokia 7 Plus

Peranti daripada Nokia Mobile ini hadir dengan rekaan premium dan spesifikasi mantap dalam harga mampu milik. Sangat sesuai dengan pengguna moden masa kini yang mendambakan telefon pintar berfungsi luas, pada masa sama memenuhi cita rasa gaya elegan. Nokia 7 Plus ini diperbuat daripada blok pejal 6000 series aluminium yang kukuh. Ia diperhalusi dengan salutan umpama seramik yang memberi kuasa cengkaman yang baik serta imej yang elegan.

Ia dibangunkan dengan skrin 6-inci IPS LCD FHD+, dijana menggunakan cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Untuk rakaman gambar pula, telefon pintar ini menggunakan dwi-kamera (12MP dan 13MP) lensa Zeiss di belakang dengan 2x zoom optik yang memberikan warna jelas dan terang, seolah gambar anda ‘hidup’ dan mampu memukau pandangan. Di sisi lain, kamera hadapan 16MP dengan optik Zeiss dan prestasi hebat dalam situasi kurang cahaya membuahkan imej swafoto yang indah tidak kira siang atau malam. Boleh menjadi peneman setia anda kala berpergian ke mana sahaja lokasi pilihan!

Ia dijanakan dengan bateri berkapasiti 3800mAh. Anda boleh mengecas peranti pintar ini sehingga lebih 50 peratus dalam masa 30 minit. Nokia 7 Plus hadir dengan Android One dan memberi jaminan kemas kini semasa yang pantas. Anda boleh dapatkan gajet hebat ini pada harga RM1,600.