Pelindung Terbaik Peranti Pintar Anda

Belkin menjaga skrin telefon pintar mahal anda dengan baik.

Belkin Malaysia memperkenalkan produk TrueClearTM Pro Advanced Screen Care untuk pengguna semua iPhone, termasuk iPhone X, iPhone XR, iPhone Xs dan iPhone Xs Max. Apa yang lebih menarik adalah ia didatangkan sekali dengan waranti selama dua tahun.

Mengangkat skrin pelindung yang canggih, sistem perlindungan skrin TrueClearTM Pro 2.0 Belkin adalah unik. Mereka memastikan lapisan pelindung skrin diletakkan sempurna dan tepat dengan dimensi skrin iPhone anda. Pelindung skrin ini akan dipasang pada telefon pintar anda oleh pakar bagi memastikan tiada gelembung udara, bebas habuk dan ia terletak tepat pada bentuk skrin.

Teknologi Canggih

Apa yang lebih meyakinkan adalah apabila produk TrueClearTM Pro 2.0 Belkin ini dipasang pada skrin iPhone menggunakan mesin khas Belkin yang boleh dibuat di kedai. Bantuan mesin ini memberi jaminan kepada pengguna bahawa pelindung skrin berkenaan akan dipasang sempurna, dalam masa hanya beberapa minit sahaja!

Setiap pelindung skrin Belkin direka dengan penuh teliti – hasil gabungan kejuruteraan dalaman yang hebat dan bahan premium, bagi memberi kesan perlindungan yang maksimum. Ia jernih dengan sentuhan premium yang hadir dengan Japan Asahi Tempered Glass untuk model Tempered Glass dan Tempered Curve, serta Aluminosilicate Glass untuk model InvisiGlass Ultra. 

Pelancaran awal produk berkenaan akan dijalankan di enam kedai seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkan produk ini di:

  • Machines –Suria KLCC
  • Machines – Sunway Pyramid
  • Machines – Mid Valley
  • Machines – The Gardens
  • Machines – IOI City Mall
  • Machines – Pavilion Elite

Harga jualan pula adalah seperti berikut:

  • Tempered Glass untuk iPhone XS Max/XS/XR/X/8 Plus/8/7 Plus/7/6 Plus/6: RM99
  • InvisiGlass Ultra untuk iPhone XS Max/XS/XR/X/8 Plus/8/7 Plus/7/6 Plus/6: RM145
  • Tempered Curve untuk iPhone XS Max/XS/XR/X/8 Plus/8/7 Plus/7/6 Plus/6: RM165