Pelan Insurans Terbaru Dari Etiqa Untuk Penyakit Mental

Penyakit mental kini mendapat pelindungan daripada Etiqa

Penyakit mental adalah antara penyakit yang sering dipandang ringan oleh masyarakat. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 27 peratus daripada populasi masyarakat menderita penyakit mental. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit mental akan memberikan banyak kesan kerana ia adalah faktor risiko untuk penyakit lain seperti kecederaan yang tidak disengajakan dan disengajakan.

Oleh itu, Etiqa telah lancarkan Rider (atau tambahan kepada pelan insurans asas) penyakit kritikal yang pertama di Malaysia. Ia mempunyai perlindungan penyakit metal, IL CI Plus (Investment-Linked Critical Illness) dan boleh ditambah kepada pelan insurans asas iaitu SecureLink, sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan dan melindungi 68 jenis penyakit kritikal, termasuk penyakit mental.

Pelancaran Rider itu telah dirasmikan oleh Yang Bahagia Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu majlis forum mini yang diacarakan oleh pelakon dan selebriti TV, Daphne Iking. Forum yang membincangkan tajuk, “Breaking the Silence on Mental Illness” menampilkan Datin Diana Danielle, selebriti, Dr. Norhayati Nordin, Pengarah Hospital Bahagia dan Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Agensi Maybank Ageas Holdings Berhad.

Untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna, Etiqa telah merangka sebuah rider penyakit kritikal yang melindungi empat jenis penyakit mentai iaitu:

  1. Gangguan Bipolar Afektif;
  2. Gangguan Kemurungan Utama;
  3. Schizophrenia; atau
  4. Gangguan Schizoafektif

Kelayakan untuk mendapatkan pelindungan adalah sangat mudah. Selagi anda diterima oleh Etiqa, anda layak untuk dilindungi, tertakhluk kepada proses pengunderaitan biasa. Jenis pelindungan adalah antara RM 1,500 dan sehingga RM 30,000 maksimum bergantung kepada jumlah keseluruhan rider yang anda pilih. Polisi ini juga menguntungkan penggukan kerana Etiqa tidak menentukan bagaimana jumlah ini bakan digunakan, oleh itu, anda boleh menggunakannya untuk yuran perundingan, ubatan, atau kemasukan ke hospital, mengikut kesesuaian masing-masing.