Nikmat Tidur Lebih Selesa

Katil-pintar untuk tidur yang lebih baik.

Tidur menjadi pelengkap kepada tiga perkara penting dalam hidup anda (iaitu tidur, diet dan senaman) bagi mendapatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik. Atas sebab itu, Slumberland terus berusaha untuk meningkatkan kualiti tidur yang boleh diperoleh setiap kali anda tidur. Sempena meraikan usia satu abad dalam membantu mengoptimumkan tidur, Slumberland menampilkan katil pintar terunggul yang bakal merubah senario industri pada masa depan, iaitu Slumberland MyZmartBed – satu-satunya katil pintar yang boleh anda dapatakan di pasaran.

Dikuasakan dengan aplikasi MyZmartBed, sambungan wifi dan pam pintar, lapisan sensor MyZmartBed dengan lebih 2000 titik sensor, diletakkan merata di setiap inci tilam agar dapat meliputi lima zon utama tubuh anda (kaki, posterior, lumbar, bahu dan kepala) dan disesuaikan secara automatik mengikut posisi tubuh ketika tidur.

Teknologi lapisan-pintar yang telah dipatenkan daripada Responsive Surface Technology (ReST) telah memenangi dua anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi CES 2015 dan Anugerah NSF SleepTech 2019. Teknologi sensor ini yang telah dilindungi oleh lebih 20 paten antarabangsa, mempunyai pensijilan perubatan dan TUV, dan digunakan di hospital di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu.

Slumberland MyZmartBed secara konsisten dan senyap dapat menyesuaikan keperluan sokongan dan keselesaian harian tubuh anda dalam tiga tetapan mode berbeza – mode Manual yang 100 peratus mengikut keperluan anda, mode Auto Position pula mempunyai tetapan memori yang berasingan dan unik untuk sokongan belakang dan sisi, yang amat berguna terutama untuk tidur mengiring, serta mode Automatic memberi keseimbangan dan melepaskan tekanan berterusan pada tubuh sepanjang malam untuk meningkatkan aliran dan peredaran darah.

Sama ada anda lebih sukakan tilam yang lembut atau yang lebih anjal untuk tidur, atau ada bahagian tubuh yang memerlukan sokongan, Slumberland MyZmartBed boleh disesuaikan mengikut keperluan tubuh anda.

Kedua-dua bahagian Slumberland MyZmartBed dikawal secara berasingan, jadi katil ini amat ideal untuk pasangan yang mempunyai definisi berbeza tentang keselesaan. Tilam dipasang dengan alas atas tambahan (topper) mengikut pilihan anda – sama ada yang diperbuat daripada getah asli atau busa memori (memory foam).

Untuk mereka yang berminat mengesan dan memantau paten tidur, aplikasi Slumberland MyZmartBed juga merekodkan data tidur anda, selain memberi maklumat yang diperlukan untuk anda mencapai tidur terbaik. Aplikasi ini sentiasa dipertingkatkan dan akan memberikan maklumat tentang posisi serta pergerakan tubuh yang mungkin membantu doktor dalam mendiagnos kecelaruan tidur seperti sindrom apnea, insomnia dan kaki lenguh. Aplikasi ini juga boleh dipadamkan bila-bila masa mengikut kehendak anda.

Slumberland MyZmartBed dijual pada harga promosi RM39,880. Pakej termasuk tilam, rangka katil, penghantaran dan pemasangan, selain jaminan 10 tahun. Slumberland MyZmartBed boleh anda dapatkan di galeri Slumberland di Jalan Maarof Bangsar, Viva Home dan cawangan terpilih lain.