Nak Jadi Personaliti Berpengaruh Di Media Sosial? Ikuti Tip Ini

Ada juga selebriti media sosial di Malaysia menggunakan landasan kariernya ini dengan sebaik-baiknya seperti Fyza Kadir, Vivy Yusof dan Dahlia...

Pengaruh media sosial atau lebih dikenali sebagai ‘Sosial Influencer’ bukanlah satu perkara asing buat masyarakat bandar terutamanya di Kuala Lumpur. Gemar menayangkan gaya hidup sendiri yang dahulunya dianggap perkara biasa di laman sosial kini beralih menjadi satu bidang pekerjaan yang boleh mengaut keutungan berlipat ganda. Ya! hakikatnya saban hari, ramai antara kita terjebak untuk mengemaskinikan gambar di laman sosial demi meraih ‘likes’ pada pautan gambar tersebut.

Hal ini bukanlah sesuatu perkara yang dipandang negatif mahupun positif. Jika kena pada gayanya, maka postitiflah ia. Namun jika ianya dimanipulasikan dengan cara yang tidak elok maka sesuatu yang tidak kena pada perkara ini dan anda perlu mengubahkan.

Ada juga selebriti media sosial di Malaysia menggunakan landasan kariernya ini dengan sebaik-baiknya seperti Fyza Kadir, Vivy Yusof dan Dahlia Nadirah. Mereka ini wajar dijadikan ikon atau sifu untuk anda yang masih mentah dalam bidang ini.

Oleh kerana pekerjaan ini semakin popular, Jelita beri beberapa panduan berkesan untuk anda yang ingin menjadi selebriti media sosial yang terpengaruh dan dikenali. Buat yang sudah lama dalam bidang ini tip ini mungkin boleh beri peringatan pada anda juga ya!

Mantapkan kemahiran PR anda!

Ya! Ini adalah tunjang daripada semua input. Menjadi orang terkenal dalam laman media sudah tentu dikelilingi dengan peminat, client, para media dan selebriti. Jadi amat penting untuk anda meramah mesra dengan mereka tidak kira di mana dan ketika. Apa yang berlaku sekarang, golongan seperti ini seakan menjadi tetamu VIP dan tidak mengambil pusing keadaan dan acara sekelliling apabila dijemput dalam sesebuah acara. Leka bermain telefon atau merenung tetamu yang hadir tanpa melemparkan senyuman, tingkah laku ini sangat tidak boleh diterima apatah lagi jika bergelar orang terpengaruh dalam sosial media.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

Kalau anda mempunyai rupa paras yang cantik, stail yang trendi tapi tidak fasih bercakap dalam bahasa Inggeris, ini juga bakal memberi masalah untuk anda kerana bertutur dalam bahasa ini sudah menjadi budaya di negara kita. Bayangkan anda mendapat kepercayaan untuk mempromosikan produk antarabangsa di Instagram dan memperuntukkan anda untuk membuat review produk tersebut dalam bahasa Inggeris, sudah tentu ia mengambil berjam lamanya untuk menghafal skrip.

Tanam minda yang positif

Minda yang positif menyerlahkan keperibadian yang mudah disenangi. Karakter yang mudah disenangi penting untuk bintang sosial media meningkatkan populariti sekali gus menarik pelbagai jenama memberi token berupa wang atau produk percuma kepada anda.

Bergaya ikut karakter tersendiri

Mahu bergaya tidak salah namun pastikan ianya kena dengan personaliti dan karakter anda. Sebagai contoh, anda berusia 25 tahun namun anda menggayakan busana untuk wanita berusia 40 tahun. Ini boleh mengundang kritikan sekali gus populariti anda merundum. Pakaian anda mencerminkan siapa diri anda tanpa perlu diungkap dengan kata-kata dan biarkan fesyen anda membiaskan sifat yakin yang ada pada diri anda sendiri.