Momen Terbaik Adriana Lima Di Pentas Victoria Secret

Ini momen terbaik Adriana Lima sepanjang bergelar Angel Victoria's Secret

Setelah berjalan di 20 pentas peragaan Victoria’s Secret, supermodel ternama Adriana Lima telah mengumumkan bahawa pentas Victoria’s Secret 2018 akan menjadi pentas peragaannya yang terakhir. Pada 8 November lalu, Adriana Lima telah berjalan di pentas peragaan Victoria’s Secret buat kali terakhir dan dia telah menerima tepukan gemuruh daripada tetamu yang menghadiri acara tahunan tersebut.

Adriana Lima

Sumber GIF: giphy

Berasal daripada Brazil, Lima memulakan kerjayanya sebagai model daripada usia remaja dan telah menyertai Victoria’s Secret pada awal kerjayanya ketika dia berjalan buat pertama kalinya di pentas pertunjukkan pada tahun 1999. Dia kemudiannya menandatangani kontrak dengan jenama tersebut pada tahun 2000 dan ini sekali gus menjadikan Lima sebagai¬†Victoria’s Secret Angel untuk 18 tahun seterusnya.

Sepanjang 20 tahun bersama dengan jenama tersebut, Adriana Lima telah menggayakan beberapa pakaian dalam Victoria’s Secret termasuk sayap malaikat gergasi dan juga Fantasy Bra yang menjadi idaman. Berikut adalah beberapa momen terbaik Adriana Lima di pentas Victoria’s Secret.

1 of 23

2011

1 of 23

2011