Misty Collection, Baju Riadah Lain Daripada Lain!

Bersukan pun boleh, riadah pun cantik.

Jenama pakaian sukan yang tidak asing lagi, Under Armour tampil dengan koleksi terbarunya yang lebih segar dan feminin hasil kerjasamanya bersama seorang penari ballet terkenal, Misty Copeland.

Bertepatan dengan misi Under Armour mahu sentiasa mengagungkan kehebatan wanita seluruh dunia, ilham koleksi ini bertujuan menjadikan wanita rasa lebih cantik dan mempunyai semangat yang kuat ketika bersenam seperti Misty, penari ballet wanita Afrika-Amerika pertama menjadi principal dancer untuk American Ballet Theater (ABT). 

Menurut Misty, koleksi ini mempunyai beberapa pilihan helaian yang boleh ditata gaya dalam pelbagai cara. Ini melambangkan wanita masa kini yang boleh melakukan apa juga kerja dan tidak perlu diberikan sebarang arahan untuk menjadi apa yang dimahukan.

Koleksi ini boleh didapati dengan harga bermula RM239 sehingga RM429 dan hanya dijual di pasaran atas talian sahaja.

1 of 5

 

Jelita tertarik dengan warna mauve pink dan potongan tidak dijangka pada bahagian lehar bra sukan ini. Unik sekali!

1 of 5