Mila Jirin Kongsi Tip Berjaya Bisnes Dalam Jelita November 2018

Juga, apa hendak buat jika rambut gugur melampau selepas bersalin.

Masa untuk fokus kepada keluarga! Pelajari cara Mila Jirin, juara pentas nyanyian Akademi Fantasi kini menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya dan famili seperti dipaparkan sempena halaman depan edisi November 2018 ini.

Lihat aksinya secara eksklusif, masih natural di depan lensa kamera Jelita walaupun sudah lama meninggalkan dunia seni yang popular. Namun, Mila kini mula bersinar di pentas perniagaan menerusi Bizmilla Catering dan pelbagai kisah menarik mengenai pembabitannya dikongsikan khusus buat pembaca Jelita.

Selain itu, istimewa Jom Jalan sempena cuti sekolah akhir tahun berkongsi panduan merencana percutian seisi keluarga dengan mudah lagi menyeronokkan. Ketahui lokasi terbaru yang mesra kanak-kanak supaya anda tidak terjebak ke tempat yang sama saban percutian.

Bagi yang cukup berjaga-jaga bajet, apa kata lihat senarai ceraian fesyen dan kecantikan di bawah harga RM100 untuk anda miliki pada bulan ini. Sudah tentu, pelbagai tip bergaya dan riasan turut dikongsikan buat anda.

Buat ibu baru bersalin, jika anda seriau bila melihat gugur rambut secara teruk, ketahui punca dan cara mengendalikannya supaya tidak memberi kesan kepada emosi dan perasaan anda.

Fokus Jelita bulan ini memaparkan mengenai Kahwin Kali Kedua, Adakah Bahagia Akhirnya Buat Anda? Ikuti kisah dua wanita yang pernah melaluinya, sebagai tauladan juga nasihat pakar mengenai cara mengecapi cinta dan bahagia untuk peluang baru ini.

 

Semua ini dan BANYAK LAGI, dalam Jelita edisi November.