Meriah Raya Ini Dengan Produk Selebriti Kegemaran Anda Di Shopee

Shopee tawarkan hadiah menarik sempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah melancarkan inisiatif terbarunya yang digelar sebagai, Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kegemaran mereka.

“Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebriti Shopee, ruangan khas dalam aplikasi membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selerbiti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja! Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti,” Ian Ho- Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Antara barisan selebriti yang terpilih sebagai Skuad Selebriti Shopee adalah:

Penyanyi nombor satu Malaysia, YBhg. Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti.

Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslimah tradisional dengan sentuhan moden.

Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee.

Bintang drama Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim kelima, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing iaitu EL dan Heliza Guzel Hive yang memfokuskan pada penjualan pakaian tradisional Muslim.

Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, malah juga memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit.

Selain daripada memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, anda juga pasti akan rasa teruja denga kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti ayng tidak boleh dilepaskan. Ini termasuklah pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksialat solek bertemakan emas keluaran Datuk Seri Siti Nurhaliza, SimplySiti New Gold Edition.

Produk terbaru ini menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee. Pastinya anda akan ternanti-nanti akan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah yang sangat menarik.

Selain itu, Shopee juga turut mengadakan kempen Cahaya Raya Shopee yang masih berlangsung. Dari 3 Mei hingga ke 7 Jun, anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada 1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee. Tidak hanya itu, Shopee juga turut berkerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular “Ketupat Raya” yang menjanjikan anda pelbagai hadiah termasuk:

  • sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000;
  • sebuah Honda HRV bernilai RM100,000;
  • sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000
  • serta syiling Shopee
  • baucar televisyen
  • seterika mudah alih
  • pengering rambut

Bermula daripada 17 Mei hingga 8 Jun, Shopee turut menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari pada dua waktu yang ditetapkan iaitu lima pagi dan tujuh malam.

Jangan lupa untuk layari Shopee dari 24 sehingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-Campur Bundle) membolehkan anda untuk memilih sendiri padanan kegemaran anda dariapda menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa.

Akhir sekali, anda boleh dapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus ke atau pelbagai pilihan produk yang anda suka.

Untuk lebih info, layari laman sesawang rasmi Shopee.

Gambar: Instagram