Melawati Mall Sambut Ulang Tahun Pertama Dengan Kempen “Belanja & Menang”

Berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi kempen "Belanja & Menang" Melawati Mall

Sempena ulang tahun pertama pembukaannya, Melawati Mall telah memberikan penghargaan kepada pembeli dengan kempen “Spend & Win.” Kempen ini akan diadakan selama sebulan dan ia turut menawarkan hadiah yang menarik bernilai lebih RM180,000. Setiap RM500 yang dibelanjakan di Melawati Mall bermula daripada 26 Julai sehingga 26 Ogos 2018 akan memberikan peluang kepada pembeli untuk menyertai cabutan bertuah untuk mememangi hadiah utama iaitu Nissan X Trail 2.5L yang bernilai RM150,000. Hadiah yang lain termasuklah pakej percutian keluarga ke Langkawi dan Pulau Pinang.

Melawati Mall

Dari Kiri: Wilson Tan (CEO, CapitaLand Retail), YDP Tn. Hj. Abd. Hamid Hussain (MPAJ), Kow Shih-Li (Centre Manager, Melawati Mall), Quek Cham Hong (COO Integrated, Sime Darby Property), Low Peck Chen (CEO, CapitaLand Malaysia Mall REIT Management Sdn Bhd)

Acara pelancaran ulang tahun Melawati Mall telah diadakan di tengah pusat membeli-belah tersebut yang dihadiri lebih daripada 200 peruncit, rakan niaga dan ahli media. Antara tetamu penting yang hadir memeriahkan sambutan itu adalah wakil utama daripada Sime Darby Property Berhad dan Capital Land, rakan niaga Melawati Mall. Tidak ketinggalan, turut hadir adalah YBhg. Yang Dipertuan Tuan Haji Abd. Hamid Hussain, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Selain daripada kempen “Spend & Win,” terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang akan diadakan pada setiap hujung minggu di pusat utama pusat membeli-belah tersebut selama sebulan. Pembeli akan teruja dengan persembahan seperti band tembaga dan Capoeira manakala kanak-kanak akan rasa kagum dengan persembahan dari ahli pemakan api, badut dan ahli silap mata jalanan. Selain itu, anda juga turut akan dihiburkan dengan penampilan stesen radio tempatan, Zoomers Hot FM dan anda boleh mengambil bahagian dalam permainan yang diadakan untuk memenangi hadiah dan baucar belanja yang ditaja oleh peniaga di Melawati Mall.

Tidak hanya setakat itu, bagi anda yang gemar mengambil gambar, anda boleh rebut peluang ini untuk menyertai kempen tanda pagar #MMCelebrates. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil swafoto menggunakan telefon pintar dan gambar tersebut mestilah mempunyai elemen berwarna oren, merah dan hijau yang sinonim dengan Melawati Mall. Muatnaik gambar tersebut pada akaun Facebook dan Instagram milik anda dengan status tanda pagar #MMCelebrates. Gambar yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi baucar tunai.

Melawati Mall

Dari Kiri: Wilson Tan (CEO, CapitaLand Retail), YDP Tn. Hj. Abd. Hamid Hussain (MPAJ), Kow Shih-Li (Centre Manager, Melawati Mall), Quek Cham Hong (COO Integrated, Sime Darby Property), Low Peck Chen (CEO, CapitaLand Malaysia Mall REIT Management Sdn Bhd)

Peniaga seperti Polo Assn. A.S., Rina Salleh Clothing dan Young Hearts telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dengan mempamerkan elemen warna Melawati Mall pada tingkap butik mereka. Peniaga yang lain seperti Next, NY Steak Shack, Pizza Hut, Wayback Burgers dan banyak lagi turut menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang bulan seperti baju berwarna-warni, pencuci mulut atau minuman. Anda boleh berkunjung ke Melawati Mall dan nikmati potongan harga RM5 melalui platform e-hailing, Grab dari hari Isnin hingga Khamis bermula dari 26 Julai sehingga 31 Ogos menggunakan promo ‘MMCELEBRATES.’

Melawati Mall

Dari Kiri: Ms Fern Tan (General Manager, Retail Management, CapitaLand Malaysia), Lawrence Teh (General Manager, Mall Management, CapitaLand Malaysia), Raymond Chong (Senior General Manager, Development Services, Sime Darby Property), Wilson Tan (CEO, CapitaLand Retail), YDP Tn. Hj. Abd. Hamid Hussain (MPAJ), Quek Cham Hong (COO Integrated, Sime Darby Property), Low Peck Chen (CEO, CapitaLand Malaysia), Dr. Tan Kok Heng (Head, Property Investment & Asset Management), Kow Shih-Li (Centre Manager, Melawati Mall)

Untuk memperingati ulang tahun pertama dan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-61, konsert khas akan diadakan pada 31 Oogos 2018. Konsert ini adalah percuma kepada pengunjung dan ia bermula dari jam 12 tengah hari. Beberapa artis terkenal tempatan seperti Sufian Suhaimi, Siti Sarah, Juztin Lan dan Masdo Band yang akan membuat persembahan di Melawati Mall. Pemenang kempen “Spend & Win” dan pertandingan swafoto akan diumumkan pada hari tersebut. Pemenang ini juga akan mendapat peluang untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka secara peribadi di belakang pentas.