Mana Nak Pergi Cuti Panjang September Ini?

Lokasi dan hotel menarik untuk anda kunjungi.

Kalau lihat kalendar, tiga Isnin dalam September adalah cuti umum, iaitu 2, 9 dan 16 September 2019.

Inilah peluang untuk anda lakukan percutian segera takpun menjimat cuti tahunan.

Imej Depositphotos

Belum merancang ke mana-mana? Bolehlah lihat saranan Jelita untuk staycation di negara berdekatan yang menarik:

1 of 5

SYDNEY

Orang selalu ingat Sydney adalah ibu negara Australia, tetapi sebenarnya Canberra ya. Dengan pemandangan bandar raya yang menawan dan bangunan ikonik Opera House, Sydney adalah antara ibu kota paling meriah dan menghiburkan jika anda teringin ke sana.

Lihat jika ada pameran di muzium yang menarik sewaktu di sana, sudah tentu pengalaman yang berbeza daripada biasa.

Jom tinggal di West Hotel Sydney, Curio Collection by Hilton.

1 of 5