Bali adalah salah satu destinasi percutian menarik yang sangat popular di kalangan pelancong. Pulau ini kaya dengan budaya lama, rekaan kuil dan istana yang eksotik yang berlatarbelakangkan alam semula jadi yang menakjubkan. Bali juga menawarkan makanan yang sangat enak untuk pengunjung. Namun, untuk menikmati makanan yang lazat di luar negara, bukanlah perkara yang mudah terutama sekali buat pelancong beragama Islam. Ini kerana majoriti penduduknya beragama Hindu walaupun berbangsa Jawa dan Proto-Melayu. Oleh itu, sebelum anda bercadang untuk bercuti di luar negara, buat kajian terlebih dahulu mengenai restoran makanan halal yang ada. Di sini kami sajikan beberapa restoran makanan halal yang boleh anda cuba sekiranya berkunjung ke Bali.
Lihat juga: Menjejak Restoran Halal Di Lokasi Popular Luar Negara