Majlis Perkahwinan Berlangsung Selama Tiga Hari, Nick Jonas Dan Priyanka Chopra Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Priyanka Chopra dan Nick Jonas masing-masing kelihatan cantik dan segak di majlis perkahwinan mereka.

Secara rasminya, Priyanka Chopra kini sudah bergelar Mrs Jonas. Melangsungkan perkahwinan selama tiga hari di negara kelahiran pengantin perempuan, India, bintang siri televisyen, Quantico yang berusia 36 tahun itu kini telah bergelar isteri kepada penyanyi lagu ‘Level’, Nick Jonas yang 10 tahun lebih muda daripada Priyanka Chopra.

Pasangan itu telah mengikat tali perkahwinan di Istana Taj Umaid Bhawan yang terletak di Jodhpur. Istana itu merangkumi kawasan seluas 26 ekar (termasuk taman seluas 15 ekar). Istana itu sememangnya lokasi yang sesuai untuk memuatkan semua tetamu global yang hadir bagi meraikan pasangan pengantin itu.

Istana itu juga turut mempunyai kolam renang di bahagian luar dan dalam, sebuah perpustakaan, sebuah muzium, tuang takhta, gelanggang skuasy, spa, gelanggan tenis dan banyak lagi.

Istimewa majlis perkahwinan ini turut menyaksikan pertembungan dua budaya iaitu dan Barat. Pada hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pasangan pengantin itu memulakan acara dengan pesta puja. Priyanka kemudiannya mengambil bahagian di acara Mehendi, di mana tatu henna digunakan pada tangan dan kakinya. Pasangan pengantin bersama ahli keluarga turut mengambil bahagian dalam tarian Sangeet. Pasangan itu turut menyertai upacara Haldi yang diadakan secara berasingan. Dalam upacara ini, kedua pengantin akan dibersihkan dengan kunyit sebagai simbol untuk mencuci masa lalu mereka agar mereka boleh mulakan semula bersama.

Nick dan Priyanka memutuskan untuk menganjurkan dua upacara perkahwinan iaitu Kristian yang dirasmikan oleh bapa Nick Jonas, pendeta dan perkahwinan tradisional India. Kedua upacara ini dilangsungkan di lokasi yang berbeza di dalam istana tersebut.

Pengapit pengantin lelaki termasuklah adik beradik Nick iaitu Frankie Jonas, Joe Jonas dan Kevin Jonas serta pelakon yang pernah membintangi siri televisyen, Kingdom bersamanya, Jonathan Tucker, dan abang Priyanka, Siddharth Chopra. Sahabat baik Priyanka, Duchess of Sussex, Meghan Markle tidak dapat menghadiri majlis tersebut disebabkan oleh kehamilannya.

Untuk upacara Hindu, pengantin lelaki berpakaian seperti diraja mengikut adat dan akan datang dengn menunggang kuda. Untuk upacara Barat pula, Priyanka telah memakai gaun yang direka oleh Ralph Lauren.

Berikut adalah gambar sekitara majlis perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas.

1 of 14

 

1 of 14